Berita Terkini

Kisah Panglima Tentera Rom peluk Islam selepas berbicara dengan Khalid al-Walid

Salah seorang Panglima besar Romawi yang bernama Jarajah [1]  keluar dari barisannya dan meminta kepada Khalid ibnu al-Walid r.a agar menemuinya. Khalid segera menemuinya dan kedua kuda mereka saling berhadap leher. (Kisah ini berlaku di dalam Perang Yarmuk)

Jarajah berkata, "Wahai Khalid! Beritahu padaku dan jujurlah, sebab orang merdeka tidak akan bohong, dan janganlah engkau membohongiku. Sesungguhnya orang yang mulia tidak akan berbohong terhadap orang yang berhubungan dengan Allah. Apakah Allah pernah menurunkan kepada Nabi kalian sebilah pidang yang diberikannya padamu hingga setiap kali engkau hunus terhadap musuhmu pasti mereka akan kalah?"

Khalid menjawab, "Tidak." Jarajah bertanya kembali, "Jadi kenapa engkau digelarkan Pedang Allah?" Khalid menjawab, "Sesungguhnya Allah telah mengutus nabi-Nya kepada kami. Nabi tersebut menyeru kami, tetapi kami malah lari menjauhinya. Kemudian sebahagian dari kami membenarkannya dan sebahagian mendustakannya. Aku termasuk salah seorang yang mendustakan dan menjauhi darinya sehinggalah Allah memberi petunjuk pada hati kami supaya beriman kepadanya dan membai'ahnya. Lalu beliau berkata kepadaku, "Engkau adalah Pedang Allah yang terhunus terhadap kaum Musyrikin." [2]  Beliau juga mendoakan agar aku diberi kemenangan. Sejak itulah aku disebut dengan Pedang Allah. Jadilah aku orang yang paling keras terhadap orang-orang musyrik."

Jarajah berkata, "Wahai Khalid, apa yang kalian serukan?" Khalid menjawab, "Kami menyeru agar manusia bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya dan juga rasul-Nya. Dan agar mereka membenarkan seluruh syariat yang beliau bawa dari Allah." Jarajah bertanya, "Bagaimana sekiranya orang itu tidak mahu menerima dakwah kalian?" Khalid menjawab, "Maka kami akan serukan mereka agar membayar ufti, dan kami bersedia melindungi mereka."  Jarajah bertanya, "Jika mereka tetap tidak mahu membayar ufti?" Khalid menjawab, "Maka kami akan mengisytiharkan perang terhadap mereka."

Jarajah bertanya, "Apa kedudukan bagi orang yang menerima seruan kalian dan masuk ke dalam agama kalian pada hari ini?" Khalid menjawab, "Kedudukannya sama dengan kami dalam seluruh kewajipan yang dibebankan oleh Allah ke atas kami. Orang yang mulia di antara kami, orang biasa, orang yang pertama masuk Islam dan yang terakhir, semuanya sama kedudukannya." Jarajah bertanya, "Apakah orang yang hari ini masuk ke dalam agama kalian akan memiliki ganjaran yang sama dengan yang masuk sebelumnya?" Khalid menjawab, "Ya, bahkan lebih banyak."  

Jarajah bertanya, "Bagaimana boleh sama sementara kalian telah mendahuluinya?" Khalid menjawab, "Sesungguhnya kami menerima Islam dengan peperangan dan kami membai'ah Nabi kami sementara beliau hidup di tengah-tengah kami. Selalu datang kepadanya berita-berita dari langit dan beliau memberitakan kepada kami Al-Qur'an, menunjukkan kepada kami mukjizat-mukjizat. Maka pasti orang yang telah melihat apa yang kami lihat dan dengar apa yang telah kami dengar tentang hujjah-hujjah dan keajaiban mukjizat akan beriman dan membai'ah beliau. Namun kalian tidak melihat apa yang kami lihat, dan belum pernah mendengar apa yang kami dengar tentang mukjizatnya dan perkara-perkara luar biasa lainnya. Maka barangsiapa masuk agama kami dengan niat yang benar dan jujur akan lebih utama dari kami."

Jarajah berkata, "Demi Allah, apakah engkau telah menjawab pertanyaanku dengan jujur dan tidak berbohong padaku?" Khalid menjawab, "Demi Allah aku telah menjawab pertanyaanmu dengan benar dan Allah sebagai saksi atas apa yang engkau tanyakan." Ketika itu Jarajah membalikkan sisi perisainya dan masuk ke dalam barisan Khalid, sambil berkata, "Ajarkan aku Islam." Khalid segera membawanya ke khemah dan menyediakan satu bekas air lalu menyuruhnya mandi, kemudian shalat bersamanya dua raka'at.

Akhir peperangan

Ketika itu Khalid beserta Jarajah bergerak menyerbu pasukan Romawi yang berlari di antara pasukan kaum Muslimin. Pasukan Romawi berusaha mengumpulkan kembali tenteranya yang berlarian hingga sebahagian pasukan Romawi kembali berkumpul dan menempati posisi masing-masing. Ketika itu Khalid berusaha menumpaskan mereka hingga pedang mereka saling bertemu, Khalid terus-menerus memerangi mereka dari siang hari hingga matahari tenggelam. Waktu itu kaum Muslimin hanya dapat melaksanakan shalat Zhuhur dan Ashar dengan isyarat. Jarajah akhirnya tercedera dan meninggal dunia (semoga Allah merahmatinya dan mengurniakannya syahid), padahal dia belum pernah shalat menyembah Allah kecuali dua raka'at yang dikerjakannya bersama Khalid. Tak berapa lama selepas itu, pasukan Romawi semakin lemah.

Malam itu, pasukan Romawi melarikan diri dalam kegelapan menuju al-Waqushah, adapun pasukan yang diikat dengan rantai besi jika seorang terjatuh, maka terjatuhlah semuanya.

Ibnu Jarir (at-Thabari) dan lain-lainnya berkata, "Pada waktu itu, yang tumbang dan terbunuh mencapai 120,000 orang selain yang terbunuh di medan peperangan. Pada peperangan ini, para wanita Muslimah juga turut terlibat membunuh banyak pasukan Romawi."

Ibnu Jarir melanjutkan, "Pada waktu itu al-Qaiqalan dan para pegawai pasukan Romawi lari lintang-pukang sambil menyeret-nyeret pakaian mantel mereka, mereka berkata, "Jika kita tidak mampu menolong dan memenangkan agama Nasrani maka lebih baik kita mati saja di atas agama ini." Maka datanglah pasukan kaum muslimin menghabisi mereka seluruhnya. Mereka menyebutkan bahawa jumlah kaum muslimin yang terbunuh dalam peperangan ini seramai 3,000 orang."

Kaum muslimin pada malam itu mengakhirkan solat Isya' hingga kemenangan berhasil mereka raih. Malam itu Khalid bermalam di khemah Tazariq, saudara Heraklius yang menjadi panglima tertinggi pasukan Romawi pada peperangan ini. Tazariq melarikan diri beserta para pasukan Romawi, sementara pasukan berkuda berkumpul di sekitar khemah Khalid menunggu pasukan Romawi yang lewat untuk selanjutnya dibunuh hingga waktu pagi tiba.

Dan akhirnya Tazariq juga terbunuh. Disebutkan bahawa Tazariq memiliki 30 khemah, atapnya diperbuat dari sutera yang di dalamnya terdapat pelbagai tilam empuk dan sutera. Pada pagi harinya tentera Islam telah menguasai seluruh harta rampasan perang. Namun tidaklah setanding antara kegembiraan mereka mendapatkan harta rampasan perang yang banyak dengan kesedihan mereka mendengar berita wafatnya Abu Bakar yang disampaikan oleh Khalid ketika itu, namun mereka mendapat pengganti Abu Bakar r.a iaitu Umar al-Faruq r.a.


[Imam Ibnu Katsir - Al-Bidayah wan Nihayah, zaman Khulafa' ar-Rasyidin]

__________________________________________________________________

Nota kaki:

1 - Jarajah dalam Bahasa Inggeris nya ialah "George".
2 - Rasulullah S.a.w menamakan beliau dengan gelaran itu sebagaimana yang terdapat dalam Shahih Bukhari, kitab Al-Maghazi, bab Ghazwah Mu'tah, hadits no 4260 (7/510 Fathul Bari).

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.