Berita Terkini

Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia? Tidak Benar sama sekali

Masih adakah lagi orang yang percaya dengan ungkapan "Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia?"  Kalau ada, mari kita dengar hujjah-hujjah berikut ini dan nilaikan sendiri. 


Ada yang mengatakan bahawa ungkapan ini adalah hadits Nabi S.a.w. Walaubagaimana pun tidak ditemui sama sekali sama ada ia Hadits Shahih, Hasan, mahupun Dhaif. Ianya mungkin hanya ungkapan dari orang-orang tua Melayu lama yang salah faham tentang alam jin.

Mari kita dengar apa yang Al-Quran Al-Karim katakan tentang Jin. "Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang shaleh dan di antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya, adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza."  [Surah Al-Jin : ayat 11]


Ayat di atas menyebut dengan jelas bahawa ada jin yang shaleh (baik). Iaitu jin-jin yang beriman dengan apa yang didengar dari Rasulullah S.a.w. Ini bermakna para jin yang mendengar bacaan Al-Quran oleh Rasulullah S.a.w itu juga adalah Sahabat Nabi kerana sahabat Nabi ialah siapa yang berjumpa dan beriman dengan Nabi Muhammad S.a.w hingga ke akhir hayat.

Allah telah menegaskan bahawa ada beberapa jin yang beriman dan mendengar Al-Quran dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sehingga mereka juga adalah sahabat dan orang-orang pilihan." [Imam Ibnu Hazm - al-Muhalla bil atsar, 9:365]

Maka adakah patut kita mengatakan Sahabat Nabi itu sama dengan sejahat-jahat manusia? Sungguh tidak patut sama sekali dan itu merupakan satu tuduhan yang bathil. 

Apa lagi ada pendapat yang mengatakan, para jin juga ada para nabi atau utusan pendakwah mereka sendiri, berdasarkan kepada ayat;

"Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini?....... "  [Surah Al-An'aam : ayat 130]

Ibnu Abbas mengatakan bahawa para Rasul adalah dari kalangan Bani Adam, sedangkan dari kalangan jin sedikit sekali.  Imam Ibnu Jarir at-Thabari meriwayatkan dari Ad-Dhahak ibnu Muzahim, dia menduga bahawa dari kalangan jin terdapat rasul-rasul, dan pendapatnya itu berlandaskan kepada dalil ayat ini (di atas). Pendapat tersebut masih perlu dipertimbangkan, kerana apa yang dikatakannya itu masih bersifat ihtimal (hipotesis) dan makna ayat tidak jelas menunjukkan pengertian itu. Perihalnya, hanya Allah yang lebih mengetahui. [Tafsir Ibnu Katsir]

Menurut Mujahid, Ibnu Juraid dan lain-lainnya, mengatakan bahawa para Rasul itu hanyalah dari golongan manusia sahaja. Tiada satu pun dari kalangan makhluk jin yang menjadi rasul.  [Tafsir Ibnu Katsir]

Hakikatnya, para rasul hanya diutus dalam kalangan manusia. Namun begitu, rasul dari kalangan jin dalam ayat ini adalah wakil kepada rasul atau pendakwah dari kalangan jin yang mendengar bacaan Al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad S.A.W. [Tafsir al-Razi]

"Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran) ada di antara kami golongan yang Muslim, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar." [Surah Al-Jin : ayat 14]

Maka bagaimana mungkin jin yang Muslim dan taat kepada Allah S.w.t disamakan dengan manusia yang paling jahat? Adalah tidak masuk akal dan tidak munasabah sama sekali. Sedangkan sejahat-jahat Iblis pun, dia tidak mengaku dia itu Tuhan. Tetapi ada manusia yang mengaku dirinya adalah tuhan, contohnya Firaun.

"Lalu dia (Firaun) menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru. Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi"." [Surah An-Naazi'aat : ayat 23 - 24]

Begitu juga dengan kisah Raja Namrud dengan Nabi Ibrahim a.s. Raja Namrud merupakan manusia pertama di dunia ini yang mengaku sebagai Tuhan.

"Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu (Namrud) kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan". Dia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim." [Surah Al-Baqarah : ayat 258]

Begitu juga dengan Dajjal yang suatu hari nanti akan keluar dan akan mengaku sebagai Tuhan. Dajjal merupakan kemuncak manusia mengaku sebagai Tuhan, mengulangi kembali apa yang dilakukan oleh Namrud dan Firaun suatu waktu dahulu.

Kita juga pernah mendengar ada manusia (ramai dari kaum Bani Israel dulu) yang membunuh para nabi dan rasul a.s. Tetapi kita belum pernah dengar lagi cerita tentang para jin membunuh para nabi.

Dan ramai lagi manusia-manusia jahat dan dicela di dalam Al-Quran dan Al-Hadits termasuklah Dajjal, Abu Lahab, Abu Jahal dan sebagainya. Secara rasionalnya pun sudah tidak munasabah sebaik-baik jin adalah sama dengan mereka-mereka tadi. Sedangkan para jin juga ada yang akan masuk syurga (walaupun ada juga pendapat yang mengatakan jin akan menjadi debu seperti haiwan menjadi debu), kerana jin juga diuji keimanan mereka dan disuruh beribadat kepada Allah S.w.t.

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu". [Surah Az-Dzaariyaat : ayat 56]

Imam Ibnu Hazm mengatakan dalam al-Milal wan-Nihal, "Mereka (jin) masuk Syurga."

"Dan masing-masing memperolehi darjat (seimbang) dengan apa yang dikerjakannya."  [Surah Al-An'aam : ayat 132]

Abus-Syeikh mentakhrij dari Ibnu Abbas r.a, beliau berkata: "Makhluk itu ada empat macam; makhluk di syurga semuanya, makhluk di neraka semuanya dan dua makhluk di syurga dan neraka. Yang di syurga semuanya adalah Malaikat, yang di neraka semuanya adalah syaitan. Adapun yang di syurga dan di neraka adalah jin dan manusia. mereka mendapat pahala dan seksa."  [Ustaz Zahazan Mohamed]

Kesimpulan

Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz telah membuat kesimpulan ringkas tentang benarkah sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia, dalam bukunya Mombongkar Rahsia Jin, Syaitan, dan Iblis dalam Al-Quran, mengatakan bahawa kenyataan itu adalah zalim dan salah kerana;

1 - Jin dipertanggungjawabkan dengan taklif agama Allah yang memungkin mereka ke syurga ataupun neraka. Surah Ar-Rahman, ayat 31 hingga 32.

2 - Allah mengiktiraf kewujudan golongan jin yang shaleh dan layak ke syurga. Surah Al-Jin, ayat 11 dan 14.

3 - Allah mengiktiraf para utusan dan pendakwah daripada golongan jin. Surah Al-Ahqaaf, ayat 29 hingga 32.

4 - Generasi awal jin yang memeluk Islam di tangan Rasulullah S.a.w diiktiraf sebagai para sahabat Nabi oleh ulama Hadits.

5 - Nabi Muhammad S.a.w memuji para sahabatnya daripada kalangan jin yang sensitif terhadap ayat Allah ketika mendengar Surah Ar-Rahman. Dari Sunan At-Turmudzi.

6 - Allah menyediakan syurga untuk manusia dan jin yang beriman. Surah Ar-Rahman, ayat 56.  [Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz - Mombongkar Rahsia Jin, Syaitan, dan Iblis dalam Al-Quran]

Tidak kira jin atau manusia, masing-masing membawa watak baik atau jahat secara individu. Tidak perlu lah kita tuduh secara pukul rata kerana kejahatan segelintir jin dengan mengatakan semua jin itu jahat. Suka kah kita apabila ada seorang Muslim yang membuat kejahatan, kemudian semua Muslim dituduh sebagai jahat atau "terrorist"?  Maka begitulah halnya dengan bangsa jin. Mereka juga tidak suka anda menuduh yang bukan-bukan terhadap mereka.

Adakah anda masih mahu mengatakan "sebaik-baik jin itu adalah sejahat-jahat manusia?" Itu merupakan satu tuduhan yang sangat berat. Kita akan kena jawab di akhirat nanti di atas tuduhan tidak berasas itu. :)

Wallahu a'lam .......

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.