Rabu, 28 Mei 2014

Fenomena alam, ketika hilangnya bayang-bayang Kaabah

Para ahli astronomi mengatakan bahawa matahari akan sejajar dengan Kaabah di Masjidil Haram di Makkah pada Rabu (28/5/2014), siang hari.

Matahari akan menduduki kedudukan tepat di atas Baitullah, Jeddah Astronomical Society mengatakan pada hari Minggu (25/5) dalam kenyataan kepada AN.

Pada hari Rabu (28/5), matahari akan terbit pada 5:38 dari ufuk timur laut dan terus bergerak sampai pada atas Kaabah pada 12:18. Kaabah akan kehilangan bayang-bayangnya untuk masa yang singkat.

Para ahli astronomi mengatakan fenomena syurgawi yang disebut "zero shadow" berlaku dua kali setiap tahun di Masjid Agung ini kerana lokasi antara Khatulistiwa dan Tropic of Cancer. Selain terjadi pada 28 Mei, fenomena ini juga inshaa Allah berlaku setiap 16 Julai setiap tahun.

Kerana cerun paksi bumi, matahari bergerak pada 23.5 darjah utara dan selatan khatulistiwa langit. Matahari jatuh tepat di atas kepala pada tempat-tempat yang terletak di atas khatulistiwa selama equinox dan bergerak ke arah utara Tropic of Cancer dan kemudian terus menuju ke selatan.

Para ahli astronomi telah menyarankan penduduk Mekah untuk mengelakkan melihat langsung ke matahari dengan mata telanjang walaupun untuk waktu yang sangat singkat. Masya Allah.




Gambar kredit: Mukminin Mukminat

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.