Rabu, 28 Mei 2014

Kisah Majusi Masuk Islam kerana Akhlak Ulama

Kisah Majusi Masuk Islam kerana Akhlak Ulama
Sahl At-Tustari memanggil jirannya penganut Majusi semasa beliau hendak wafat. Kebetulan si jiran tinggal di rumah bertingkat yang berada di atas rumah Sahl.

Ketika memasuki rumah Sahl, si Majusi menyaksikan ada bekas penampung air yang diletakkan di bawah rumah si Majusi yang berlubang, yakni di kedudukan bilik mandinya.

Melihat keadaan seperti itu, si Majusi bertanya, "Wahai Syeikh, apa ini?" Sahl At Tustari pun menyampaikan, "Sejak satu tahun lalu, bilik mandi anda bocor sampai airnya mengalir ke rumah ini. Dan tiap hari aku letakkan bekas itu, seperti yang anda saksikan, dan malamnya aku buang airnya lalu kukembalikan kedudukannya seperti semula. Kalau bukan kerana hendak wafat dan aku tidak menghendaki orang selainku berbuat tidak baik kepada anda, maka aku tidak akan memberitahu tentang hal ini. "

Mendengar penuturan Sahl At Tustari, si Majusi pun menangis dan manyampaikan, "Demi Allah, betapa akhlak baik selalu menghiasi agama. Celakalah aku, Engkau memperlakukanku dengan perlakuan demikian, engkau meninggal sedangkan aku masih dalam kesesatan. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang wajib disembah kecuali Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Dan aku wakafkan rumahku ini untuk para faqir." (Thabaqat Al Auliya, hal. 235)

[Hidayatullah.com]


p/s: Ma syaa Allah tabaarokAllah ....... sungguh mulia akhlak Sahl ibnu Abdullah At-Tustari. Bagaimana dengan akhlak kita zaman sekarang, tak kira ulama atau bukan ulama? Bayangkan kalau ada rumah jiran di atas rumah kita yang bocor begitu, apa tindakan kita? Sanggup bertahan selama setahun dengan menadah bekas tanpa memberitahu langsung pada jiran itu? :)

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah S.w.t, banyak kisah orang kafir masuk Islam kerana terpikat dengan akhlak Muslim, termasuk lah kisah-kisah Nabi Muhammad S.a.w sendiri. Semoga kita sama-sama dapat Muhasabah Diri, bagaimana akhlak kita selama ini?  

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.