Rabu, 28 Mei 2014

Pilihanraya Mesir: Sah jika pengundi tulis ‘I Love You’ di Kertas Undi

Wanita cium al-Sisi
Dari jutaan warga Mesir, sebahagian telah memberi hak suaranya dalam pemilihan presiden 2014. Meski pada hari pertama dan kedua pilihan raya 'sepi' sokongan, ternyata warga Mesir punya cara yang cukup unik semasa memberikan suaranya.

Pengundi dalam pilihan raya presiden Mesir kali ini, sampai menandakan surat suara mereka dengan simbol hati. Cara ekspresif seperti ini mereka lakukan untuk menunjukkan sokongan mereka untuk presiden pilihannya, tanpa takut membatalkan suara mereka, ketua suruhanjaya pilihan raya berkata.

"Jika pengundi ada yang menulis 'I love you' di kertas suara, suara mereka tetap sah," ujar Abdel Aziz Suleiman, selaku Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Presiden Mesir, mengatakan kepada pejabat berita Sada al-Balad, Isnin (26/5/2014).

Namun dia menjelaskan bahawa pengundi tetap perlu menjaga diri mereka semasa memangkah. "Sebuah tanda hati atau apa pun tetap sah, kecuali menulis nama mereka," tambah Suleiman. 

Warga Mesir memulakan pengundian pada Isnin (27/5/2014) untuk memilih pemimpin Negara mereka yang seterusnya. Pilihan raya kali ini, diikuti oleh bekas panglima tentera Abdul Fattah al-Sisi yang 'dijangkakan' akan menang, dengan tokoh politik sayap kiri, Hamdan Sabbahi sebagai lawannya.

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.