Berita Terkini

Persamaan kata-kata Abu Bakr r.a dan Aisyah r.a pada ketakutan terhadap Allah

Allah wallpaper 3D
Walaupun Sayyidina Abu Bakr as-Siddiq r.a adalah lelaki yang terbaik selepas Nabi Muhammad S.a.w, tetapi ketakutannya terhadap Allah S.w.t sangat luar biasa. Amat banyak jika mahu diceritakan tentang ketakutannya terhadap Allah S.w.t, tetapi di bawah ini hanya diceritakan tentang persamaan maksud kata-katanya dengan anaknya iaitu Aisyah r.a.

Ucapan-ucapan mereka dibuat pada masa yang berlainan.


Ketakutan Abu Bakr r.a

Rasulullah S.a.w pernah bersabda, "Abu Bakr ialah orang yang mula-mula sekali akan memasuki syurga daripada kalangan umatku."

Walaupun mempunyai segala kelebihan ini, kadang-kadang beliau berkata, "Alangkah baik andainya aku sebatang pokok yang akan ditebang."

Kadang-kadang beliau berkata, "Alangkah baiknya jika aku sehelai rumput yang akan dimakan oleh haiwan ternakan."

Kadang-kadang beliau berkata, "Alangkah baiknya jika aku sehelai bulu di badan seorang mukmin."

Pada suatu ketika beliau telah memasuki satu kebun dan melihat seekor haiwan sedang duduk. Beliau menghela nafas panjang sambil berkata, "Betapa gembira hidupmu. Kamu makan, kamu minum, kamu ke sana dan ke mari di bawah naungan pokok-pokok dan di akhirat nanti tiada sebarang penghisaban pun ke atasmu. Alangkah baiknya kalau Abu Bakr seperti kamu."  [1]

وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ

"Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua syurga."  [Surah ar-Rahman : ayat 46]

Terdapat suatu riwayat yang mengemukakan bahawa pada suatu hari Abu Bakr r.a menerangkan tentang kiamat, timbangan, syurga dan neraka. Di samping itu juga, beliau menambah bahawa dirinya ingin menjadi seperti tumbuh-tumbuhan yang dapat dimakan oleh haiwan sehingga tidak dijadikan oleh Allah seperti keadaannya sekarang.

Maka ayat di atas turun sebagai petunjuk kepada orang yang takut menghadapi pengadilan dari Allah dengan menyiapkan diri melaksanakan perintahNya. [2]


Ketakutan Aisyah r.a

Beliau begitu takut kepada Allah S.w.t sehingga beliau seringkali berkata, "Alangkah baik sekiranya saya sebatang pokok maka saya akan sentiasa sibuk bertasbih dan bebas daripada penghisaban pada hari akhirat nanti.  Alangkah bagusnya jika saya seketul batu. Alangkah bagusnya jika saya seketul tanah. Alangkah baiknya sekiranya saya sehelai daun. Alangkah baiknya kalau saya sehelai rumput."  [3]


Like father like daughter.  Mereka adalah manusia-manusia yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah S.a.w, tetapi TETAP TAKUT kepada Allah S.w.t dan merasa TIDAK SELAMAT pada sessi penghisaban di akhirat nanti.

Kita?  Ke mana destinasi kita di akhirat nanti pun kita tak nampak jalan lagi, tetapi masih hidup SELESA tanpa rasa TAKUT kepada Allah S.w.t. 

Sama-samalah kita INSAFkan diri .......


Tambahan: Ketakutan Umar al-Khattab r.a

Kadang-kadang Sayyidina Umar r.a memegang sehelai jerami yang kecil di tangannya sambil berkata, "Alangkah baiknya kalau aku ialah jerami ini." Kadang-kadang beliau berkata, "Alangkah baiknya kalau ibuku tidak melahirkan aku."

Suatu ketika, sedang beliau sibuk melakukan sesuatu, seorang lelaki telah datang dan berkata, "Si polan telah menzalimi saya. Tolonglah tuan membantu saya untuk membalas bagi pihak saya."

Beliau telah membedal orang itu sekali sambil berkata, "Apabila aku duduk untuk urusan seumpama ini engkau tidak datang! Apabila aku sibuk dengan urusan lain barulah engkau datang dan menyuruhku mengambil tindakan balas."

Lelaki itu pun beredar dari situ. Kemudian beliau telah menghantar seseorang untuk memanggil lelaki tersebut. Selepas lelaki itu datang, beliau menyerahkan cemeti kepada lelaki itu dan berkata, "Ambil lah tindakan balas terhadap aku."  Lelaki itu berkata, "Saya telah memaafkan tuan kerana Allah."

Umar r.a telah pulang ke rumah dan mengerjakan solat dua raka'at. Selepas itu beliau berkata kepada dirinya sendiri, "Wahai Umar, dahulu kamu rendah, Allah lah yang telah meninggikan kamu. Dahulu kamu sesat, Allah lah yang memberi hidayah kepada kamu. Dulu kamu hina,  Allah lah yang telah memuliakanmu. Dia juga yang menjadikan kamu pemerintah. Sekarang apabila seseorang datang dan berkata tolong ambil tindakan balas terhadap kezaliman yang dilakukan ke atas saya, kamu telah memukulnya. Esok pada Hari Kiamat, apakah jawapan yang akan engkau berikan kepada Tuhanmu?"  Beliau terus mencela dirinya sedemikian buat beberapa lama. [4]


Rujukan:

1 - Tarikh al-Khulafa' - Imam as-Suyuthi
2 - Lubaabun Nuquul fii Asbaabin Nuzul - Imam as-Suyuthi
3 - Thabaqat Ibnu Sa'ad
4 - Usdul Ghabah Fi Ma'rifatis Sahabah r.a - Sheikh Ibnu Athir


Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.