Berita Terkini

Siapkan KESABARAN TAMBAHAN dalam berdakwah - Ustadz Firanda Andirja

Siapkan kesabaran tambahan dalam berdakwah - Ustadz Firanda Andirja, M.A.

- Tidak ada percakapan YANG LEBIH BAIK daripada seorang yang MENYERU KE JALAN ALLAH, apa lagi tugas DAKWAH ini adalah tugas yang dilakukan oleh para nabi kekasih-kekasih Allah, subhanAllah.

"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam."  [Surah Fusshilat : Ayat 33]

"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (kebijaksanaan) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dijalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."  [Surah An-Nahl : 125]

- Untuk berdakwah perlukan kesabaran yang tinggi. Kerana itulah biasanya ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh agar berdakwah biasanya disertakan dengan menyuruh agar BERSABAR.

- Orang yang berdakwah PASTI AKAN DIGANGGU dan cuba DIHALANGI, kerana mereka datang untuk menyekat dan mengawal NAFSU SYAHWAT manusia, maka sudah tentu ada manusia yang tidak suka keseronokan mereka (dengan dunia) disekat.

- Dakwah biasanya adalah suatu perkara yang ringkas dan sebentar. Tetapi jika ianya dapat menarik hati orang dan orang mendapat petunjuk serta beramal melaluinya, maka selama mana orang itu beramal dan beriman, selagi itu lah pahala dapat kepada orang berdakwah itu insyaAllah, subhanAllah.

- Para nabi, sahabat-sahabat nabi Muhammad S.a.w dan ulama-ulama dulu-kala sangat berat ujiannya dibanding dengan kita sekarang.

- Bekal pertama yang mesti ada bagi seorang PENDAKWAH ialah mesti selalu bangun Qiamullail dan Solat Tahajjud. Ianya untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah S.w.t dan menguatkan BATIN pendakwah itu sendiri.

Ayat Al-Quran yang turun selepas Surah Al-'alaq (Iqra') ialah Surah Al-Muzzammil, yang memerintahkan agar Nabi S.a.w bangun untuk solat Tahajjud. Sehinggakan para ulama mengatakan Solat Tahajjud itu adalah WAJIB bagi Nabi S.a.w.

"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah (sembahyang Tahajjud) pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),"  [Surah Al-Muzzammil : Ayat 1 - 2]

- Nabi Muhammad S.a.w pernah dipukul, dilempar najis, dilontar batu dan sebagainya. Baginda juga pernah digelar sebagai penyair gila, penipu, dukun, tukang sihir, orang yang disihir dan juga Shabi' (orang yang keluar dari agama nenek moyang).

Tuduhan sebagai Shabi' itulah yang banyak kali diulang-ulang kerana musyrikin Mekah sangat marah apabila Rasulullah S.a.w mengatakan nenek-moyang mereka sesat dan seumpamanya.

- Di dalam syurga nanti tiada SIANG dan MALAM, bahkan hanya akan SIANG berterusan.

- Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah pernah menyebut, antara orang-orang yang TERHALANG mendapat hidayah ialah orang-orang yang TERIKAT DENGAN TRADISI nenek-moyangnya.

- BERSABAR lah dalam berdakwah, untuk 1 tahun , 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun, atau berapa tahun saja kita hidup di dunia ini. Itu pun masih SANGAT SEDIKIT dibandingkan dengan ganjaran di syurga yang masanya untuk selama-lamanya.

Perkataan SABAR disebut sebanyak 90 kali di dalam Al-Quran, menunjukkan ia sangat-sangat penting dan merupakan satu ibadah yang sangat mulia di sisi Allah S.w.t.

"Maka Bersabarlah Dengan Sabar Yang Baik, sesungguhnya mereka memandang siksaaan itu jauh (mustahil). Sedangkan Kami memandangnya dekat (akan berlaku). [Surah Al-Ma’arij : 5-7]

Sabar itu pula mestilah SABAR YANG BAIK, bukannya sabar disertai dengan bosan, tidak ikhlas, tidak redha, disertai marah dan seumpamanya.

- Dhimad al-Azdiy iaitu seorang perawat penyakit gila pernah datang ke Makkah dan mendengar berita tentang Nabi Muhammad S.a.w yang dituduh sebagai penyair gila. Dia pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad S.a.w, kononnya untuk memulihkan baginda dari penyakit gila. Dengan keikhlasan perawat itu, cuba mengubati Nabi S.a.w, bukan berniat buruk.

Dia memberitahu Nabi S.a.w bahawa dia mahu mengubati Nabi dari penyakit gila. Tetapi itu langsung tidak menimbulkan kemarahan Nabi S.a.w. Akan tetapi Nabi S.a.w melafazkan, "Sesungguhnya segala puji milik Allah, kami memuji-Nya, dan memohon pertolongan-Nya. Barang siapa yang Allah telah berikan hidayah maka tidak seorang pun yang dapat menyesatkannya, dan barang siapa yang telah Allah sesatkan maka tidak ada seorangpun yang dapat menunjukinya. Dan saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Maha Esa tidak ada sekutu bagi-Nya, dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya, dan utusan-Nya."  (kata-kata ini digunakan sebagai Muqaddimah dalam ceramah-ceramah agama)

Maka setelah dia mendengar lantunan kata-kata dari Nabi S.a.w itu, maka akurlah dia bahawa Nabi S.a.w bukan gila, bukan tukang sihir dan sebagainya.  Lantunan kata-kata yang penuh keikhlasan itu meresap ke dalam jiwa.

Dia mempunyai banyak pengalaman dengan penyakit gila dan seumpamanya, dan dia pasti pada diri Rasulullah S.a.w itu bukan seperti apa yang dia temui selama ini. Ringkas cerita, dia mendapat hidayah dan BERIMAN pada Rasulullah S.a.w, masyaAllah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.