Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

» » Media kerap merosakkan Ukhuwwah Islamiyyah Indonesia-Malaysia

Ditemui Islampos di celah-celah program "Kepimpinan Muslim Muda Indonesia-Malaysia" yang diadakan di Bogor (05/11/2013), Pengarah Eksekutif Institute of Islamic for The Studies of Islamic Thought and Civilization (INSISTS) Adnin Armas, MA menjelaskan kepentingan membina ukhuwah antara muslim Indonesia dan Malaysia.

"Sebagai muslim, kita harus melihat buruknya persepsi hubungan Indonesia-Malaysia sebagai hal yang tidak baik. Apalagi biasanya konflik antara dua negara ini muncul dari pandangan nasionalisme sempit dan budaya jahiliyah," ujarnya.

Sementara itu umat Islam, baik di Indonesia dan Malaysia menghadapi cabaran yang sama dalam pelbagai masalah. Adnin Armas memberi contoh melalui dunia perpolitikan, ekonomi dan budaya Indonesia-Malaysia yang sama-sama berada di bawah ancaman dominasi asing.

"Permasalahan kita (Indonesia-Malaysia) sama, dan sudah seharusnya kita memulakan untuk saling belajar dari satu sama lain, kerana walau umat Islam di serantau melayu ini secara kuantiti cukup banyak tapi miskin kualiti," jelas lelaki asal Aceh ini.

Menghadapi kerumitan permasalahan ini, Adnin Armas juga berpesan kepada umat Islam di serantau Melayu agar tidak mudah terpancing oleh berita-berita media sekular dan statement politikus yang jauh dari nilai-nilai Islam.

"Media arus perdana tentunya tidak mempunyai kepedulian akan terbinanya ukhuwwah Islam di rantau Melayu, apalagi banyak berita-berita mereka yang justeru memperluaskan sentimen negatif di dua pihak. Kita juga harus kritis terhadap statement dari para politikus (berhaluan non Islam) yang sering dijadikan pegangan oleh masyarakat, padahal belum tentu statement tersebut boleh dipegang dan dipercayai," ujarnya. 

[eza / Islampos]


p/s: Malaysia dan Indonesia ibarat adik beradik kandung, bukan sahaja saudara sesama Islam bagi yang Muslimnya.  Ramai Melayu di Malaysia ini berketurunan dari Indonesia.  Nenek moyang saya sendiri berasal dari keturunan Raden di Majapahit, Indonesia .......

Jika ada berlaku salah-faham dan percakaran antara warga Malaysia vs Indonesia, itu hanya percakaran PERIBADI masing-masing.  Tidak semestinya kes seorang yang bersalah, semua warga negara dihukum. Itu yang patut kita pertimbangkan dengan rasional dan sewajarnya.

Orang yang bersalah perlu dibicarakan, tanpa mengira mereka itu puak kita atau tidak, tetapi yang benar mesti dibela, yang salah mesti dihukum.  Jauhkan dari sifat dan sikap Asobiyyah (perkauman).

"....... yang dikatakan asabiyyah ialah jika seseorang menolong kaumnya pada perkara zalim."  [Hadis Riwayat Ibnu Majah dalam kitab al-Fitan bab Asabiyyah]

Semoga Muslim dapat bersatu tidak kira apa negara dan tempat tinggalnya, untuk menghadapi cabaran globalisasi dunia moden.  Ingatlah, kita semua bersaudara.  

Daripada Anas r.a, daripada Nabi S.a.w sabdanya, "Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."  [Muttafaqun 'alaih]

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (176) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (292) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)