Berita Terkini

Hina Sahabat Nabi, Kuwait halau pendakyah Syiah dari negaranya

Hussain Faheed
Kerajaan Kuwait baru-baru ini mengusir seorang khatib Syiah dari negaranya kerana menghina dan mencemarkan Sahabat Nabi radhiyallahu anhum. Kuwait menilai, khatib tersebut telah mencipta rasisme di salah satu negara Teluk tersebut.

"Kementerian telah mengambil keputusan untuk mengusir da'i Syiah Hussain Faheed dari Kuwait pada Khamis 7 November, kerana telah mencemarkan nama para sahabat Rasulullah S.a.w," kata Kementerian Dalam Negeri Kuwait dalam sebuah kenyataan, Khamis kelmarin.

Kementerian menjelaskan pengusiran terhadap Faheen dilakukan kerana dia melakukan penghinaan dan pencemaran terhadap para Sahabat Nabi s.a.w ketika menyampaikan ceramah agama di pelbagai tempat di Kuwait. Ceramah-ceramah yang mengandungi penghinaan terhadap Sahabat tersebut kemudian disebarkan melalui pelbagai media dan cara komunikasi media sosial.

"Oleh sebab itu, Kementerian memutuskan untuk mengusir Faheed dari Kuwait," tegas kenyataan Kementerian Dalam Negeri Kuwait sebagaimana dilaporkan almoslim.net, Khamis.

Kementerian meneruskan, langkah tersebut diambil untuk mencegah pintu fitnah dan menjaga persatuan warga Kuwait. Kebaradaan orang-orang seperti itu, tambahnya, akan memberi kesan negatif kepada keselamatan awam. "Kementerian akan mengambil langkah tersebut pada pagi Khamis untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini," tambah Kementerian.

Hussain Faheed adalah seorang khatib di salah satu masjid Syiah di bandar Ahsa, Kuwait. Dalam setiap khutbahnya, beliau sering melontarkan pernyataan-pernyataan yang menghina dan mencemarkan para Sahabat nabi radiyallahu anhum.

Ceramah-ceramah Faheed yang tersebar luas di internet menimbulkan badai kemarahan warga Kuwait yang majoriti Ahlu Sunnah wal Jama'ah. Mereka mendesak kerajaan untuk segera mengusir da'i Syiah tersebut dari negara mereka.

Kuwait yang merupakan salah satu anggota negara Teluk bersikap tegas terhadap mazhab Syiah di negaranya. Kuwait menilai Syiah sebagai ancaman yang boleh membahayakan keutuhan negara.

Beberapa waktu lalu, Kuwait bersama anggota negara Teluk memutuskan mengusir lembaga-lembaga dan para partisan Syiah Hizbullah Lebanon dari negaranya. Langkah tersebut ditempuh sebagai bentuk perlawanan terhadap organisasi sokongan Iran tersebut, setelah mengumumkan melibatkan diri dalam pertempuran di Syria membantu Bashar Al Asad. 

[hunef / kiblat.net]

1 ulasan:

  1. Apa yang pengikut-pengikut Syiah dpt dgn menghina sahabat-sahabat RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALAM..

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.