Pakaian bersih-sendiri seolah-olah menjadi sesuatu yang besar akan datang, dengan Tide baru-baru ini mengeluarkan baju yang membasuh sendiri, dan kini, Tentera AS sedang mengkaji untuk mengembangkan teknologi tersebut.
Saintis Fizik Tentera, Quoc Truong tampil dengan pakaian yang akan menjimatkan banyak wang untuk tentera, kerana lebih satu juta askar AS sedang giat berkhidmat.
Truong meneliti fabrik itu pada tahap molekul untuk menentukan apa yang sebenarnya membuat pakaian kotor, dan dia memutuskan beliau perlu membuat produk yang boleh menangkis bahan-bahan yang berasaskan kedua-dua air dan minyak.
Pakaian seragam itu dibuat daripada kain bersalut yang membantu menghapuskan bau busuk, yang boleh menjaga tentera dari musuh dan haiwan pemangsa.
Fabrik itu boleh bertindak pada makanan, kotoran, minyak motor dan bahan-bahan lain yang tentera hadapi.
Masih belum ada kenyataan sama ada teknologi ini akan disediakan untuk orang awam, tetapi ia kemungkinan besar akan menjadi sebahagian daripada kegunaan isi rumah di masa depan, menjadikan kehidupan lebih mudah bagi ibu bapa dan kanak-kanak yang mencabar di mana-mana.
[Yahoo News, 1 Oktober 2013]
Salam... kami pembuat pakaian seragam tentera dll.... whatsapp/call 013 2071229
BalasPadam