Korea Utara dilaporkan telah memberi amaran baru untuk mencetuskan perang besar-besaran. Amaran itu ditujukan kepada Amerika Syarikat (AS) agar menghentikan latihan ketenteraannya yang dianggap sebagai 'ugutan nuklear'.
Pengerusi Suruhanjaya Pertahanan Kebangsaan Korea Utara, Kim Jong-Un berkata, kerajaan AS perlu mengalah dalam permusuhan dengan Korea Utara jika mahu keamanan dikekalkan antara semenanjung Korea dan AS.
"Mereka perlu ingat sebarang tindakan provokatif yang mengancam akan menyebabkan kami tidak teragak-agak untuk melancarkan perang besar terhadap negara itu.
"Kami juga ingin tekankan bahawa pihak mereka harus mengalah dalam segala perihal yang akan memudaratkan negara kami," tambahnya lagi.
Amaran itu disampaikan selepas AS melaksanakan latihan ketenteraan selama dua hari bersama Jepun dan Korea Selatan. Latihan yang melibatkan pesawat pembawa senjata nuklear itu mencetus kemarahan dan ancaman dari Pyongyang.
[Kosmo , AFP]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)