Berita Terkini

Bina Maahad Tahfiz Sains di setiap daerah Selangor

Selangor bercadang mewujudkan Maahad Tahfiz Sains di setiap daerah di negeri ini bagi memenuhi permintaan tinggi penduduk Islam sekaligus meningkatkan kefahaman Islam rakyat, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Ustaz Sallehen Mukhyi (gambar).

Menurut beliau, sehingga kini sudah wujud tiga maahad tahfiz sains yang beroperasi di daerah Kuala Langat, Klang dan Sabak Bernam.

Malah Maahad Tahfiz Sains di Sabak Bernam yang kini beroperasi di premis sementara di Institut Latihan Dakwah Sabak Bernam akan ditingkatkan infrastruktur apabila dipindahkan ke bangunan Institusi Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Bagan Terap. 

Dalam sesi wawancara bersama Harakahdaily di pejabatnya, semalam, Ustaz Sallehen berkata, tiga lagi Maahad Tahfiz Sains akan ditubuhkan di daerah Sepang iaitu di kawasan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis), daerah Hulu Langat dan daerah Hulu Selangor. 

Ustaz Sallehen yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri turut memaklumkan rancangan kerajaan negeri untuk mewujudkan Kafa Menengah pada 2015 jika projek perintis yang dilaksanakan tahun hadapan berjaya. 

Menurut beliau, kerajaan negeri akan mewujudkan Kafa Menengah di setiap daerah pada tahun hadapan sebagai projek perintis.

Sebagai permulaan, jelasnya, premis Sekolah Rendah Agama (SRA) milik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan digunakan bagi projek perintis Kafa Menengah dan kelas akan diadakan tiga hari seminggu.

"Bagi pelajar sekolah menengah yang belajar sesi petang maka sesi pagi mereka belajar di kelas Kafa," katanya.

Beliau turut menggalakkan Kafa persendirian supaya mewujudkan Kafa menengah kerana ia dapat membantu usaha kerajaan negeri. 

Menjawab soalan berhubung pengurusan masjid dan surau, Ustaz Sallehen berkata, pihaknya dalam usaha menjadikan masjid sebagai pusat komuniti masyarakat.

"Masjid dan persekitarannya perlu dibangunkan untuk menarik minat masyarakat. Oleh kerana itu masjid juga perlu menyediakan kemudahan seperti gelanggang futsal, bengkel jahitan dan dewan bagi majlis kenduri kendara," ujarnya.

Dengan mempelbagaikan kemudahan dan program, tambahnya masjid dan surau mampu menarik kehadiran umum dan menjadi pusat aktiviti masyarakat.

Menyedari betapa pentingnya aspek ini, Jais ujarnya akan menjadikan faktor 'kemakmuran masjid' sebagai salah satu indikator Indeks Pencapaian Utama (KPI) para imam dan nazir masjid. 

Bagi meningkatkan khidmat kepada 'saudara baru', beliau berkata 'pegawai muallaf' akan diwujudkan di setiap masjid berbanding sekarang yang hanya ditempatkan di Pejabat Agama Daerah.

Langkah ini, ujarnya penting bagi melicinkan usaha menyalurkan bantuan kepada golongan terbabit.  

[Harakah Daily]


p/s: Alhamdulillah, excellent work!  Semoga negeri-negeri lain pun turut mengikut jejak langkah murni ini.

Mari lah sama-sama kita pun pakat-pakat HAFAL ALQURAN sentiasa, walau tak banyak pun sedikit setakat kemampuan kita.  Semoga AlQuran dapat menjadi salah satu pembantu kita di akhirat nanti insyaAllah, amiin  .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.