Berita Terkini

Ternyata Kerajaan Britain yang benarkan Pengeksport Material Gas Kimia ke Syria

Kerajaan Britain yang benarkan Pengeksport Material Gas Kimia ke Syria
Kerajaan Britain ternyata turut memberi lesen syarikat di negaranya untuk mengeksport dua bahan kimia yang boleh digunakan untuk membuat gas beracun seperti sarin pada tahun yang lalu.

Menteri Perniagaan Britain, Vince Cable akan menghadapi soalan parlimen untuk menjelaskan mengapa syarikat British menawarkan lesen eksport untuk dua bahan kimia selama enam bulan pada 2012. Ketika itu, perang saudara di Syria tengah panas dan gas beracun dikhuatiri dipakai untuk membunuh orang awam.

Lesen rahsia itu diberikan untuk eksport potassium fluoride dan sodium fluoride yang keduanya boleh digunakan untuk membuat gas beracun. Menteri Luar Negeri (Menlu) AS, John Kerry menyatakan pihaknya telah menemui bukti gas beracun digunakan untuk membunuh orang awam di Syria.

Jabatan Perniagaan, Inovasi, dan Kemahiran British menyatakan meskipun kebenaran diberikan kepada syarikat kimia British pada Januari 2012, bahan kimia tidak dihantar ke Syria sebelum lesen dicabut pada Julai lalu sebagai respon sekatan dari Kesatuan Eropah. "Kebenaran diberikan kerana ketika itu tidak ada penolakan," kata Cable dikutip the Independent, Isnin (2/9).

Kebenaran diberikan untuk dua bahan kimia pada 17 dan 18 Januari tahun lalu untuk kepentingan industri. Dalam surat yang tidak diterbitkan ke Parlimen, Cable mengatakan ada risiko cukup jelas bahan kimia tersebut digunakan untuk peperangan dalaman atau dibuat bahan mematikan.

Cable mengakui pihaknya memberi izin eksport untuk suatu kuantiti bahan kimia dalam pengetahuan bahan itu berdaftar dalam senjata kimia antarabangsa.

Setiausaha Menteri Perniagaan mengatakan mereka menerima jaminan dari syarikat eksport bahawa bahan kimia tersebut akan digunakan dalam pembuatan bingkai tingkap logam dan bilik mandi.

Sementara itu, serangan senjata kimia dengan gas beracun sarin diduga telah mengorbankan ribuan orang di Syria bulan lalu. Dengan alasan penggunaan senjata kimia, AS dan sekutunya merancang menyerang tentera Syria.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.