Selasa, 10 September 2013

Obama boleh batalkan serangan AS jika Assad serah senjata kimia

Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menegaskan pihaknya bersedia untuk menghentikan serangan ke Syria bila Presiden Syria Bashar al Assad bersedia menyerahkan senjata kimia.

Serangan yang dirancang oleh Obama sebelumnya dirancang untuk mengatasi Presiden Assad yang disyaki menggunakan senjata kimia terhadap warga sivilnya. Namun semua hal tersebut masih belum terbukti oleh pasukan pemeriksaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memeriksa sangkaan senjata kimia itu.

Rusia yang selama ini dikenali menolak rencana serangan itu, mengemukakan cadangan kepada AS untuk mengendalikan senjata kimia Syria oleh dunia antarabangsa. Menurut Obama, bila berjaya, tentunya rencana ini akan menjadi satu kejayaan bila direalisasikan.

Obama menambah, apa yang diajukan oleh Rusia boleh menjadi pertimbangannya untuk menghentikan serangan ke Syria yang telah direncanakannya.

"Tentunya (akan dihentikan serangan itu), bila fakta tersebut (tidak ada senjata kimia) memang ada," ujar Obama, seperti dikutip ABC News, Selasa (10/9/2013).

Paling tidak menurut Obama, rencana pembatalan serangan ke Syria itu boleh diputuskan selama dua minggu menjelang pengundian Kongres AS. Tetapi dengan catatan, Assad benar-benar bersedia untuk menyerahkan senjata kimia miliknya.

Selama ini, AS sudah mempersiapkan serangan tentera ke Syria, terkait dugaan senjata kimia tersebut. Tetapi belum ada bukti jelas mengenai serangan yang dikhabarkan mengorbankan kira-kira 1.700 warga Syria. 

[faj , Okezone]


Sementara itu, Presiden Syria Bashar al-Assad memberi amaran kepada Washington, Isnin, akan menyiapkan balas-balik jika tentera AS menyerang negaranya, dan dia membantah telah menggunakan senjata kimia untuk melawan rakyatnya sendiri.

"Kamu akan menanggung risikonya jika tidak boleh bersikap bijak. Akan ada reaksi," kata Assad dalam acara "This Morning" di stesen televisyen CBS. "Ini adalah wilayah dimana semuanya berada dalam posisi siap meledak. Anda harus bersiap menghadapi semuanya."

Assad membantah pasukannya menggunakan senjata kimia maut dalam serangan pada 21 Ogos di pinggir bandar Damsyik, seperti yang dituduh AS dan beberapa sekutunya.

"Bagaimana anda boleh bercakap mengenai apa yang terjadi sementara anda tidak mempunyai bukti-bukti," katanya dalam wawancara menggunakan bahasa Inggeris itu.

"Kami tidak seperti kerajaan Amerika, kami tidak seperti media sosial. Kami adalah kerajaan yang bekerja dengan bukti."  [Republika Online]


p/s:  Jika benar Assad yang menjadi dalang senjata kimia, maka adakah beliau sanggup untuk menyerah senjata-senjata itu begitu saja?

Atau sekiranya bukan dia menjadi dalangnya, bagaimana mungkin untuk dia serahkan?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.