Selasa, 10 September 2013

Warna-warni alamiah dalam bekas lombong silika

Lombong silika Dinas, di kepala Lembah Neath di South Wales, UK, pernah menjadi sumber utama silika (bahan tahan haba yang digunakan untuk industri tanur dan relau).

Tetapi lombong itu telah ditinggalkan pada tahun 1964, dan kini dikelilingi oleh tanda-tanda amaran bahaya kepada semua orang, melainkan penyelongkar-penyelongkar gua yang berpengalaman.

Warna-warni alamiah dalam bekas lombong silika Dinas

Gambar-gambar ini diambil oleh jurugambar British Annette Price semasa ekspedisi meneroka gua di Wales dalam mendokumenkan lombong terbiar yang dibuka pada kurun ke-18 itu.

Imej-imej menunjukkan pelbagai batu berwarna yang indah dan kejernihan tenang tasik dalam air berbatu-batu di bawah tanah.


Warna-warni alamiah dalam bekas lombong silika Dinas

Warna-warni alamiah dalam bekas lombong silika Dinas

Warna-warni alamiah dalam bekas lombong silika Dinas


[The Telegraph]


SubhanAllah wa masyaAllah .......

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." [Surah Aali-Imran : Ayat 190 - 191] 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.