Selasa, 10 September 2013

Batu permata: Akik kalimah 2

Assalaamu'alaikum w.b.t.......  Alhamdulillah, ketemu pula sebiji lagi batu akik yang ada corak seakan kalimah Allah. Nak tahu berapa ringgit saya beli ni? Cuba teka ....... :D

Batu Akik kalimah
Saiz = 22 x 18 x 10 mm

Hehe nampaknya semua yang meneka silap, kerana saya memperolehi batu ini PERCUMA sahaja. Nak tahu bagaimana?

Al-kisah saya telah beli sebentuk cincin bertatahkan batu permata Mata Ular @ Batu Fosfor (yang bercahaya di dalam gelap). Sambil itu saya tanya penjualnya ada ke tidak lagi batu akik lain (selain dari yang dia paparkan di situ) dalam simpanan (oleh kerana saya pun dah mulai akrab dengan beliau). Dia pun mengeluarkan satu uncang yang berisi campuran batu-batu akik.

Dengan telitinya saya melihat satu persatu, dan ternampak lah batu kalimah ini yang jika dilihat sekali imbas tidak akan perasan pun ada kalimah tertera di atasnya. Maka saya pun 'mark' batu itu dan kemudian pada sessi jual-beli,  saya bodek pula agar dapat hadiah batu sebiji, dan saya pilih batu akik kalimah ini.

Rasanya lah, sama ada penjual itu pun tidak perasan bahawa batu ini ada kalimah , atau dia pun dah terlupa dan sudah tercampur aduk dengan batu-batu lain. Nak jadi rezeki saya lah tu, subhanAllah .......

Bahagian belakang batu

Oh ya, satu lagi, saya tidak perasan sebelum ini, tetapi ada seorang budak beritahu saya selepas dia lihat batu ini. Dia kata, kalau lihat batu dari sudut terbalik dari yang di atas, akan terlihat corak itu seperti peta Malaysia pula. Benar atau tidak?  Saksikan gambar di bawah;







Jika anda berminat untuk melihat koleksi batu-batu permata saya yang tak seberapa ini, dan berada di sekitar Kuala Terengganu, sila lah datang ke teratak buruk saya. Dan jika mahu beli pun sila tengok sendiri depan mata, baru puas hati. Sila pm saya di http://www.facebook.com/Neezhom

SubhanAllah wa MasyaAllah .......


Koleksi penuh batu permata




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.