Berita Terkini

Masjid pertama di Slovenia akan dibina

Masjid pertama di Slovenia akan dibina
Perdana Menteri Slovenia Alenka Bratusek akhirnya secara simbolik meletakkan batu asas masjid pertama di negara itu, setelah 44 tahun umat Islam disana berjuang untuk permintaan pembangunan Masjid di negara itu.

Bratusek menyatakan langkah tersebut adalah sebuah "simbolik kemenangan terhadap segala bentuk intoleransi agama", sambil menambah bahawa Eropah tidak akan menjadi kaya budaya tanpa kehadiran Islam.

Kira-kira 10,000 orang menghadiri acara tersebut pada hari Sabtu, termasuk Datuk Bandar Ljubljana, Zoran Jankovic, dan menteri dari negara Qatar yang membantu membiayai projek tersebut.

"Kami sangat senang dapat memulakan projek ini di Ljubljana, yang dengan demikian kota ini menjadi lebih plural," kata Mufti Nedzad Grabus, wakil komuniti Islam Slovenia.

Pembangunan akan bermula pada bulan November tahun ini dan harus selesai pada akhir musim gugur 2016. Kos projek, adalah US $ 16 juta, 70 peratus di antaranya disumbang oleh Qatar.

"Ini bermakna dunia bagi saya," kata Sahra Kacar, yang lahir pada tahun yang sama dengan permohonan rasmi yang pertama kali untuk membina masjid di Ljubljana diajukan. "Kami akan mempunyai tempat untuk solat, daripada sekarang hanya menggunakan pelbagai ruang awam. "

Cadangan untuk pembangunan masjid ini sering ditahan prosesnya oleh pejabat setempat, beberapa di antaranya cuba untuk memaksa referendum mengenai masalah ini pada tahun 2004.

Lima tahun kemudian, kira-kira 12,000 orang menandatangani petisyen yang menyeru referendum, tetapi sekali lagi Mahkamah Perlembagaan Slovenia memutuskan melawan pengajuan itu dengan alasan kebebasan beragama.

Slovenia adalah negara bermajoriti Katolik dengan dua juta orang, dimana di antaranya ada kira-kira 50,000 Muslim.

[AlJazeera , Era Muslim]


p/s: Alhamdulillah, Allahu akbar!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.