Syabas Kerajaan Negara Brunei Darussalam apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei sendiri mengumumkan bahawa segala penerbangan yang membabitkan 'Royal Brunei Airline' tidak lagi boleh menghidangkan minuman keras didalam penerbangannya.
Negara Brunei yang berdaulat dan sentiasa peka dengan pembawaan Islamnya kini semua sedia maklum akan keberkatannya kerana boleh dikatakan seluruh rakyat Brunei dididik dengan pengetahuan agama yang mendalam dan mereka mengamalkannya.
Setiap kali apabila adanya sambutan kebesaran Islam seluruh rakyat komited bersama dengan pemerintah meraikannya dengan penuh kyusuk dan ikhlas. Pada masa yang sama, Brunei melarang keras penjualan arak secara terbuka mahupun tertutup, bahkan difahamkan tiada pusat hiburan saperti kelab malam atau kelab dangdut termasuk pusat karaoke. Hotel-hotelnya sentiasa dipantau dan bersih daripada kegiatan kemaksiatan dan setiap mereka yang ingin menginap dengan pasangan perlu memberikan butiran tentang hubungan mereka.
Pengisian ibadah di masjid dan surau sentiasa penuh dengan majlis zikir dan selawat berterusan dan tidak ketinggalan dengan ceramah yang mampu memberikan manfaat kepada rakyatnya. Setiap rakyat yang sudah dewasa dan berkelayakan dapat menunaikan Haji secara percuma. Segala kebajikan seperti perubatan untuk penyakit kronik ditanggung oleh Kerajaan. Begitu juga elaun sara hidup bagi mereka yang memerlukan sentiasa sahaja diberikan bantuan. Walaupun nilai mata wang Brunei itu tinggi (mengikut nilai dolar Singapura) dan kos sara hidupnya yang agak tinggi, tetapi pendapatan dan gaji kakitangan Kerajaan dan juga swasta berpadanan dengan kos hidup.
Pada pandangan saya untuk membanteraskan segala minuman keras di dalam syarikat penerbangan kita dan mencegah maksiat perlu dilihat sejauh manakah komitednya pemimpin kita dalam menegakkan sebuah negara islam mengikut segala perintah yang diperturunkan melalui Al-Quran yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W itu. Tidak ada istilah tangguh atau apa juga alasan menidakkan hukum-hakam-Nya.
Selagi kita tidak kembali kepada Islam yang sebenarnya, selagi itulah masalah jenayah, maksiat dan masalah sosial yang lainnya tidak dapat diselesaikan malahan bertambah berat lagi. Hanya melalui kaedah Islam sahaja yang mampu memberikan jawapannya dan penyelesaianya.
[Syed Abdullah Syed Osman - Harakah Daily]
p/s: Seperti ini lah yang diceritakan sendiri oleh seorang kawan saya yang baru pulang dari Brunei baru-baru ini. Boleh dikatakan tiada bar atau kelab malam di Brunei. Tiada pusat-pusat hiburan dan maksiat. Siapa-siapa yang nak berhibur perlu pergi ke Miri, Sarawak dan tempat-tempat lain.
Rumah yang biasa di Brunei pun bertaraf banglo di Malaysia kita. Penganggur pun dapat elaun setiap bulan, maka tak wujud lah pencuri ke peragut ke.
Kenapa perlu takut beri elaun kepada penganggur dan orang-orang miskin wahai kerajaan Malaysia? Takut rakyat jadi malas atau takut menteri dan kroni payah nak kaya-raya? Mana lebih baik , rakyat malas atau berlaku banyak kejadian ragut, mencuri, merompak dan seumpamanya? :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)