Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

» » UTM cipta Sistem Pemprosesan Ayam Halal Automatik

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini, berjaya membangunkan teknologi Sistem Pemprosesan Ayam Halal Automatik (SYCUT) berasaskan syariah membabitkan kos RM1 juta.

Ia bagi memastikan ayam disembelih mengikut syarak.  Teknologi berkenaan dicipta khas bagi memastikan bekalan ayam menepati syarat halal ladang ternakan manakala penyembelihannya sah dan halal. 

Rubiyah (kanan) bersama Pemangku Naib Canselor UTM, Prof Dr Mohd Azraai Kassim menunjukkan sistem SYCUT. FOTO: Hairul Anuar Abd Rahim

Sistem mesra pengguna ini berasaskan sistem jaringan web untuk mengawal dan memantau setiap tahap penyembelihan sah serta halal mengikut syariat Islam.

Ia membabitkan kamera pengesan ringkas yang dipasang berfungsi memantau setiap bahagian rumah penyembelihan yang bersambung terus kepada sistem data dan akses Internet.

Ketua Penyelidik SYCUT UTM Profesor Datin Dr Rubiah Yusof berkata, SYCUT dihasilkan lapan penyelidik daripada Pusat Kecemerlangan CAIRO UTM dan mengambil masa dua tahun untuk dibangunkan. 

"Sistem ini dicipta bertujuan untuk memastikan ayam yang disembelih menepati syarat halal apabila terputusnya urat halkum (saluran penafasan) dan mari' (saluran makanan). 

"Sistem berfungsi untuk mengesan status sembelihan menerusi kamera pengesan ringkas yang dipasang dan menghantar imej kepada perisian SYCUT. 

"Alat pengesan akan berbunyi jika tahap pemprosesan tidak menepati kaedah halal," katanya di Bangunan Canselori UTM, hari ini. 

Rubiah berkata, kaedah lama secara manual bagi mengesan haiwan sembelihan sama ada sah atau sebaliknya mengambil masa lama dan memerlukan fokus tenaga manusia yang ada kalanya tersilap. 

"Dengan penggunaan sistem ini, kita hanya memerlukan satu saat untuk mengesan haiwan sembelihan sama ada ia halal atau sebaliknya. 

"Malah sistem ini juga menjimatkan masa, kos dan tenaga manusia, ia boleh mencapai pengeluaran ayam antara 1,000 hingga 2,000 ayam sehari," katanya. 

Menurut Rubiah, sistem berkenaan dipatenkan pada tahun lalu dan diguna pakai Pusat Pemprosesan Ayam Az-Zain di Semenyih, Selangor. 

Teknologi canggih berkenaan akan meningkatkan tahap imej produk halal di Malaysia dan perintis pemantauan produk halal di dunia. 



«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (109) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (162) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)