Berita Terkini

Sistem pengangkutan Hyperloop boleh capai kelajuan 1220 KM/j

Salah satu pengasas Tesla Motor, Elon Musk, pada hari Isnin mendedahkan rancangan sistem pengangkutan super cepat di California yang diberi nama 'Hyperloop'.

Sistem pengangkutan Hyperloop

Seperti dikutip dari AFP, Hyperloop mengangkut penumpang dalam ruangan berbentuk kapsul dengan laju mendekati kelajuan supersonik.

Musk yang mengetuai pembuatan kereta elektrik Tesla Motor dan pesawat ruang angkasa swasta SpaceX, mengeluarkan dokumen setebal 57 halaman berisi penjelasan projek kenderaan yang bakal menghubungkan Los Angeles dan San Francisco hanya dalam masa 35 minit.

"Hyperloop terdiri dari paip bertekanan rendah mengandungi kapsul-kapsul (ruang penumpang) yang akan melaju dengan kedua-dua kelajuan rendah dan tinggi di sepanjang lorong paip," tulis dokumen tersebut. "Kapsulnya disangga oleh suatu bantal udara dengan ruang udara yang dimampatkan dan diangkat secara aerodinamik."

Sistem pengangkutan Hyperloop

Musk mengatakan tidak merancang untuk membina sistem tersebut namun menawarkan sumber-sumber rancangan secara terbuka untuk dapat diteruskan oleh pihak lain.

Sistem ini mampu menghasilkan kelajuan laju kenderaan hingga 1,220 kilometer per jam. Musk menyebut sistem ini berada di antara "concorde dan kereta peluru dan suatu meja hockey udara."

Sistem ini boleh digambarkan mampu menghubungkan dua bandar besar di California, sehingga menurut Musk akan lebih menjimatkan untuk menyambung jalur yang berjarak sekitar 1,500 kilometer.

Selain SpaceX dan Tesla, Musk yang lahir di Afrika Selatan namun memiliki kewarganegaraan Amerika - bermain dengan hati-hati atas SolarCity, suatu syarikat pembuat panel solar untuk rumah tangga dan perusahaan.

Musk (42) mengaut keuntungan besar pertama kali ketika menjual Zip2 ke syarikat komputer AS, Compaq dengan harga lebih dari 300 juta dolar tahun 1999.

Syarikatnya yang lain X.Com bergabung dengan PayPal iaitu syarikat pembayaran dalam talian yang dibeli melalui lelongan internet eBay dengan harga 1.5 bilion dolar AS pada tahun 2002.





p/s: Kalau lah ditakdirkan sistem ini dilancarkan nanti dan ada di Malaysia, saya anggarkan, jarak antara Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur dalam 500KM lebih. Bermakna, perjalanan dari K. Trg ke KL menggunakan sistem itu hanya mengambil masa tidak sampai setengah jam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.