Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

» » » » Rahsia huruf Alif berkaitan Islam

Setiap huruf ada keistimewaannya yang tersendiri, cuma huruf Alif adalah antara huruf yang teristimewa dari segala huruf. Huruf Alif sentiasa mempertahankan wujud pertamanya iaitu berdiri tegak. Ada banyak kaitannya dengan Agama Islam, antaranya;

- Huruf Alif adalah huruf pertama kalimah Allah dan juga huruf pertama dari segala huruf Arab.

- Allah Yang Maha Esa, iaitu Dia lah satu-satunya Tuhan. Tiada Tuhan melainkan Dia. Maka Esa / Satu dalam Bahasa Arab ialah Ahad. Dan Ahad bermula dengan huruf Alif, dimana huruf Alif juga sama bentuknya dengan nombor 1 dalam Bahasa Arab.

Huruf alif ini menunjuk kepada Allah, iaitu yang menghubungkan (allafa) segala sesuatu, namun Ia tetap terpisah dengan segala sesuatu itu. Kebanyakan huruf lain boleh disambung-sambungkan.

- Perkataan 'Islam' ( إسلام ) sendiri bermula dengan huruf Alif.

- Kitab wahyu yang terakhir iaitu AlQuran ( القرآن ) bermula dengan huruf Alif.

- Kalimah syahadah sebagai permulaan seorang itu menjadi Muslim bermula dengan huruf Alif.

 أشهد أن لا إله إلا الله، وأشهد أن محمدا عبده و رسوله

- Laungan Azan dimulakan dengan perkataan Allahu akbar, iaitu bermula dengan huruf Alif.

- Di masjid biasanya didirikan juga menara yang tegak. Tegaknya menara itu menuju ke langit seperti huruf Alif.

- Sebelum solat niat ( اُصَلِّيْ ) / Usholli yang mana bermula dengan huruf Alif.  Dan perbuatan solat yang pertama iaitu takbiratul ihram juga diangkat dengan menyebut 'Allahu akbar' yang juga bermula dengan huruf Alif.

Solat juga berakhir dengan memberi salam ( ... السلام عليكم ) , yang mana bermula dengan huruf Alif.

- Surah pertama atau pembuka dalam solat ialah Surah Al-Fatihah. Juga sebagai surah pembuka segala macam perkara lain. Ejaan AlFatihah bermula dengan huruf Alif.

Dan begitulah kebanyakan nama khas (ism ma'rifah , selain dari Ism Alam dan Ism Dhamir) dalam Bahasa Arab dimulai dengan Alif dan lam, sama ada disebut Alif Lam Syamsiah atau Alif Lam Qamariah, yang berbeza pada sebutannya.

- Huruf Alif tegak berdiri. Tuhan suruh manusia tegakkan tujuan hidup ke atas.

- Nabi pakai tongkat. Tongkat itu tegak ke atas seperti huruf Alif.

- Huruf pertama dari perkataan 'Awal' dan juga huruf pertama dari perkataan 'Akhir'.  Sesuai dengan Allah adalah yang Awal dan juga yang Akhir.

- Manusia merangkap nabi pertama namanya bermula dengan huruf Alif , iaitu Adam.  Nabi terakhir juga bermula dengan huruf Alif iaitu Ahmad. Ahmad ialah nama lain bagi Muhammad S.a.w.

- Wahyu pertama turun ke atas Nabi Muhammad s.a.w adalah kalimah yang bermula dengan huruf Alif dan berakhir dengan huruf Alif juga, iaitu "iqra'"  (إقرا). 

- Batang hidung pada diri manusia boleh dinisbahkan sebagai Alif, yang menjadi penanda garisan Khatulistiwa atau pembahagi dua bagi tubuh manusia.

- Dan banyak lagi kaitan huruf Alif dengan Agama Islam yang suci.  Jika anda mahu menambah apa yang anda tahu, silakan. )

Wallahu a'lam .......


«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (109) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (162) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)