Berita Terkini

Pos Malaysia jangka keluarkan 13 koleksi setem 2012

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia dijangka mengeluarkan 13 koleksi setem istimewa pelbagai tema sepanjang tahun ini, menurut Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia, Yasmin Ramli.

Beliau berkata, jika tiada penambahan, Pos Malaysia dijangka mengeluarkan sebanyak 13 koleksi setem pada tahun ini, antaranya koleksi Persidangan Gas Sedunia 2012 dan Definitif Siri Negara, berbanding sebanyak 14 koleksi setem yang dihasilkan pada tahun lepas.

"Bagi tahun ini koleksi pertama setem dan filateli yang akan dikeluarkan bermula Khamis ini ialah koleksi setem bertemakan warisan tenun yang memaparkan lima jenis warisan tenunan iaitu Songket, Kain Cindai, Sutera Cina, Pua Kumbu dan Rangkit.

"Pos Malaysia memilih koleksi ini sebagai koleksi pertama bagi tahun ini kerana bagi menghargai seni tekstil dan warisan tenun tradisional yang telah diperkenalkan oleh para pedagang semenjak 2,000 tahun lalu lagi,” katanya kepada pemberita semasa merasmikan koleksi setem tenun warisan di Galeri Setem Pos Malaysia di sini hari ini.

Setiap denominasi setem berukuran 35mm x 45mm yang dicetak di atas kertas tera ais bersalut fosfor dijual 60 sen setiap satu, manakala sampul surat hari pertama berharga 50 sen yang dicetak sebanyak 30,000 unit boleh dibeli di pejabat-pejabat Pos di seluruh Malaysia pada Khamis ini.

Folder berharga RM5.50 tiap satu bagaimanapun hanya boleh didapati di pejabat pos terpilih sahaja.

[BERNAMA , Kosmo]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.