Sabtu, 28 Januari 2012

Lelaki keluarkan duit dan tikus dari mesin ATM

Seorang pelanggan bank di Ersboda, utara Sweden, mendapat lebih daripada apa yang dia mahu apabila dia membuat pengeluaran dari mesin tunai dan menarik keluar wang, diikuti oleh tikus.

Gholam Hafezi hairan apabila dia tidak mendapat resit bagi 700 Kronor ($104 dolar) yang dikeluarkannya, tetapi melihat sebaliknya apa yang kelihatan seperti tali kasut bergantungan di mesin itu, akhbar Folkblad Västerbotten melaporkan.

Hafezi memegangnya dan terkejut setelah beliau menyedari bahawa itu adalah ekor tikus, dengan kepala dan seluruh badan masih terperangkap di dalam mesin.

Hafezi bergegas masuk ke meja bantuan pelanggan di kedai runcit bersebelahan iaitu Coop Forum untuk mendapatkan bantuan.

Kakitangan kedai itu tidak menghiraukannya, kerana mesin tunai itu tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan pemilik kedai.

Hafezi akhirnya mendapat bantuan daripada kakitangan yang sedang mencari troli, dan bersama-sama mereka berjaya mengeluarkan badan rodensia itu dari mesin.

"Salah seorang daripada mereka menarik tikus itu, dan kepalanya masih bersambung, walaupun ia berdarah sedikit. Kemudian saya mendapatkan resit saya," Hafezi memberitahu akhbar itu.

Walau bagaimanapun, pelanggan bank itu tidak pasti sama ada tikus tersebut terselamat atau tidak.

"Saya tidak tahu, tetapi ia memang masih hangat", dia menjawab, sambil menambah bahawa dia fikir tikus itu mungkin menyelinap masuk ke dalam kartrij tunai apabila ianya mula-mula dimuatkan.

[The Local]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.