Sabtu, 28 Januari 2012

Wanita mendapat Kanser segera selepas makan Mee segera selama sebulan

Gambar hiasan: Seorang budak makan mee segera
Wanita mendapat Kanser segera selepas makan Mee segera
Seorang wanita Cina dengan nama keluarga Li telah didiagnosis dengan kanser terminal gastrik selepas makan mi / mee segera setiap hari selama sebulan.

Pelajar kolej dari Heilongjiang di timur laut negara China itu, mula makan mi segera yang murah bagi menjimatkan wang untuk keluarganya.

Sementara membuat persediaan untuk peperiksaan sekolah, Li hanya makan mi segera selama sebulan sahaja untuk menjimatkan masa.

Walaupun dia dilaporkan berasa sakit, dia tidak pergi berjumpa doktor.

Apabila dia mula mendapatkan rawatan perubatan, dia telah didiagnosis dengan kanser terminal.

Zou Xiaoming, ketua jabatan pembedahan di Universiti Perubatan Harbin berkata bahawa 70 tahun yang lalu, hanya 1.7% daripada orang-orang di bawah umur 30 tahun mendapat kanser, tetapi kini kadarnya 3.3%.

Beliau menyifatkan kenaikan itu kerana pilihan makanan dan gaya hidup yang teruk, termasuk merokok, minum alkohol, soda, kopi atau teh.

[Want China Times]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.