Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

» » Internet jalur lebar dah capai 81 peratus penduduk Malaysia

KUALA LUMPUR: Penembusan liputan jalur lebar talian tetap dan tanpa wayar nasional telah mencapai 81 peratus di kawasan berpenduduk, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata sehingga suku ketiga tahun ini, katanya jumlah langganan Internet di seluruh negara ialah 5.59 juta dan jumlah pengguna Internet pula dicatatkan kira-kira 17.5 juta orang.

"Perluasan liputan ini sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa oleh pihak pemberi perkhidmatan dan juga melalui pelaksanaan inisiatif jalur lebar oleh kerajaan.

"Antara inisiatif tersebut termasuk pembinaan menara telekomunikasi, Kampung Tanpa Wayar (KTW), Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) dan perkhidmatan jalur lebar di Perpustakaan Desa," katanya ketika menjawab soalan Senator Chew Lee Giok mengenai jumlah langganan Internet di Malaysia pada sesi soal jawab.

Mengenai harga bayaran langganan internet di Malaysia yang dikatakan agak mahal, beliau berkata kos jalur lebar antarabangsa yang lebih tinggi berbanding negara lain menyumbang kepada pertambahannya.

Menjawab pertanyaan tambahan Chew berhubung liputan jalur lebar di Malaysia yang agak perlahan berbanding Singapura dan Hong kong, Salang berkata perbandingan kadar liputan antara kedua-dua negara berkenaan tidak seharusnya dibuat.

"Ini kerana kadar kepadatan penduduk antara Malaysia dan negara-negara tersebut adalah berbeza...begitu juga dengan faktor keluasan dan bentuk muka bumi kita (Malaysia)," kata Salang.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sentiasa peka terhadap prestasi perkhidmatan dan peningkatan kualiti jalur lebar di negara ini dan telah menetapkan standard mandatori bagi perkhidmatan capaian jalur lebar yang mesti dipatuhi oleh penyedia perkhidmatan.

[BERNAMA , Harian Metro]

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (109) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (162) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)