Pelakon Filipina, Queenie Padilla, memutuskan berhenti dari industri hiburan di negaranya untuk mendalami Islam. Menurut beliau, Islam membawa kedamaian batin dalam hidupnya.
"Islam adalah jalan hidup. Anda tahu apa tujuan hidup anda. Selama ini, aku seperti hidup dalam dosa. Namun, Allah S.W.T memanggilku pada Islam. Kini, aku begitu dekat dengannya," katanya, seperti dilaporkan oleh abs-cbnnews.com, Selasa (22/11).
Queenie mendedahkan, dalam dunia hiburan dia seolah berada dalam persimpangan jalan, antara bahagia dan tersesat. Betul dia bahagia, tapi tidak kukuh.
"Saya seolah tidak memiliki kebahagiaan itu. Sekarang, Allah S.w.t dalam hidup saya, Alhamdulillah, Tiada Tuhan Selain Allah. Aku sangat bahagia dan puas dengan kehidupan sebagai seorang Muslim," katanya terharu.
Anak kepada pelakon aksi Robin Padilla ini mengaku ayahnya merupakan seseorang di sebalik keputusannya memeluk Islam. "Ayah begitu sabar menungguku mengucapkan dua kalimah syahadah," kenangnya.
Begitu dalam keinginan Queenie mendalami Islam, hingga dia memutuskan untuk naik haji. Baginya, ibadah haji kian menyempurnakan keislamannya. "Aku ingin menjadi berbeza kerana Islam," ujarnya.
Queenie menyedari pula menjadi Muslim sempurna bukan tanpa perbuatan. Seperti, Muslim lain di seluruh dunia, Queenie mempunyai kewajipan untuk menyebarkan syiar Islam. Dia pun mengutarakan niat itu, apabila bertamu di rumah Allah.
"Aku ingin pelbagai nikmat Islam kepada masyarakat Filipina," katanya.
Kini, Queenie benar-benar berbeza. Dia memakai tudung. Dia pun sedang mendalami pengajian Islam selepas haji. "Aku harus secara total untuk hidup dengan cara Islam," tegasnya.
[abs-cbnnews , Republika]
Alhamdulillah , semoga kehidupannya sentiasa mendapat rahmat dan berkat, serta berkekalan mendapat petunjuk .......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)