Berita Terkini

Belajar lah untuk senyum, walaupun dalam internet

Rasanya semua orang sudah tahu, bahawa senyum itu satu sedekah. Tetapi berapa ramai yang mahu mengambil peluang bersedekah dengan senyum, terutamanya dalam internet?

Dari Abu Dzar r.a., Rasulullah S.a.w bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah." (Hadith Riwayat Bukhari)

Kenapa kita digalakkan untuk senyum di hadapan manusia lain? Adakah untuk menunjukkan kita ini seorang yang happy? Adakah untuk mempamerkan kejelitaan dan kehandsoman kita? Adakah untuk menunjuk-nunjuk bibir kita yang manis? Adakah agar orang mengatakan kita gila kerana senyum sorang-sorang? Apa kesan dari kita senyum?

Ketahuilah, dengan kita senyum (senyuman yang ikhlas), dapat menenangkan / melegakan hati orang yang kita berinteraksi. Dengan itu, tidak lah mudah menjadi buruk sangka atau gundah-gulana dengan tingkah laku kita.

Sekurang-kurangnya jika kita senyum, kita tidak dipandang sombong, angkuh, jenis pemarah dan seumpamanya. Dan orang yang berinteraksi dengan kita pun tidak susah hati.

Adakah kita suka kalau dapat menyusahkan hati sesama Islam / mukmin? Walaupun kita sedang menasihatinya, adakah kita nasihat dalam keadaan benci atau sayang?  

Adakah kita nasihat untuk kebaikan dirinya atau sekadar mahu melepaskan kemarahan anda dan menunjuk-nunjuk bahawa anda seorang yang lebai dan baik?

Adakah kita nasihat orang lain sekadar untuk kepuasan hati kita ini? Tanya , jangan tak tanya diri kita.

Maka perbandingannya di dalam internet / realiti maya ini, ganti senyum ialah dengan menaip tanda ini  :-)

Berat sangatkah untuk menaipnya? Mahal sangat kah kita untuk senyum dan melegakan hati orang yang kita berinteraksi dengannya? 

Hampir semua orang yang menggunakan internet tahu bahawa tanda :-) mewakili senyum. Mengapa susah sangat untuk menggunakannya ketika kita berinteraksi dengan orang lain?

Jika dalam penulisan artikel, tidak mengapalah jarang digunakan pun, kerana penulisan artikel seumpama bercakap di khalayak ramai atau di atas pentas. Dan rasanya akan kekok dan janggal suatu artikel itu jika terlalu banyak tanda :-). Tetapi berlainan jika kita chat secara peribadi, atau komen di ruangan komen terhadap seseorang.  Itu sudah diibaratkan kita bersemuka person to person.

Jangan ingat akhlak itu hanya di dunia luar, kerana akhlak itu mencerminkan peribadi kita walau di mana kita berada. Maka jika tanda :-) mewakili senyum, orang-orang yang menggunakan akalnya dengan baik akan tetap menggunakannya dalam internet, sekurang-kurangnya untuk bersedekah dan menjaga hati saudaranya.

Lagi pun kita tidak tahu, dikala kita bersembang atau chatting itu , saudara kita di sana sedang runsing, susah hati, ada masalah dan sebagainya. Maka sekurang-kurangnya kita tidak jadi penambah beban seseorang.

Rasulullah S.a.w bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (Hadith Riwayat Tirmizi dan Abu Dzar).

Rasulullah S.a.w bersabda, "Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu." (Hadith Riwayat Muslim).

Imam Ibnul Qoyyim r.a dalam bukunya al-Wabil ash-Shayyib berkata, "Sesungguhnya sedekah boleh memberikan pengaruh yang menakjubkan untuk menolak berbagai bencana, walaupun pelakunya orang yang Fajir (pelaku dosa), zalim, atau bahkan orang kafir."


Kesimpulan

Maka untuk mengelakkan berlaku fitnah dan salah anggapan dalam alam maya ini, marilah kita sama-sama amalkan senyum dengan selalu menaip :-). Bukannya susah pun, dan tak jatuhnya maruah kita dengan mengamalkan menaipnya.

Ikhlas atau tidak ikhlas senyuman kita itu adalah urusan kita dengan Allah pula lah. Sekurang-kurangnya kita sudah amalkan perkara yang sepatut dan sebaiknya.

Begitu juga dengan penggunaan gaya bahasa. Sekurang-kurangnya cubalah untuk tidak terlalu terburu-buru untuk chatting, dan berhati-hati dalam menyusun ayat. Dan semoga kita sama-sama dapat mengelakkan dari penggunaan kata-kata kesat, sekalipun kita berada di dalam internet.  :)

2 ulasan:

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.