Gambar-gambar aksi temingat @ Wasp ini saya tembak petang tadi di dalam bilik saya saja. Kelihatan temingat ni mahu tutup lubang penyelak pintu, yang saya sendiri pun tak pasti apa tujuannya.
Pada mulanya saya ingatkan serangga ini nak buat sarang. Tapi nak kata buat sarang, akhirnya tak macam sarang, kerana dia hanya menutup lubang itu. Tak tahu lah kut-kut projek dia baru separuh siap, dan mahu sambung esok pula.
Atau mungkin dia tak mahu saya tutup dan selak pintu tingkap kut. Nak bergurau nampaknya temingat ni. Apa ke he :D
Peralatan:
Kamera DSLR Canon 50D, built-in flash, Sigma 70-300mm lense + Raynox DCR250 , pinggan styrofoam sebagai diffuser
~Neezhom Photomalaya~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)