Berita Terkini

Pemuda PAS ucap tahniah pada Zizan Raja Lawak

Pemuda PAS ucap tahniah pada Zizan Raja Lawak
Alhamdulillah , bagus lah kalau Zizan sudah memohon maaf pada khalayak umum terutamanya pada masyarakat Islam. Kerana salah satu dialog dalam filem Hantu Bonceng yang dilafazkannya memang betul-betul boleh mengundang fitnah yang besar.

Apa-apa pun semoga pihak pengarah dan penapis lebih peka lagi di masa akan datang. Lagi pun watak yang dibawa oleh Zizan dalam filem tersebut ialah watak seorang yang bermasalah dalam agama. Seperti mana juga contohnya seseorang pelakon membawa watak seorang penjahat, tidak semestinya pelakon itu sendiri penjahat.

Sama seperti Zizan tersilap lafaz kalimah syahadah dengan mengadunkan perkataan syaitan itu, kerana watak itu pun watak yang lemah pegangan agamanya pada mula. Tapi jika diperhatikan secara baik, perkataan syaitan itu ditujukan kepada si Kunyit, dan Zizan telah berhenti seketika setelah menyebut "Muhammadar", ibarat ada 'koma' di situ.

Walaubagaimana pun perkataan tersebut memang tidak elok sangat dilafazkan, dan semoga perkara ini tidak berulang lagi di masa hadapan.

Begitu juga dengan pengkritik-pengkritik, semoga lebih beradab-sopan lah dalam mengkritik. Ini kerana kita tidak tahu ianya disengajakan atau tidak. Bayangkan kalau ia betul-betul tersalah dan tidak disengajakan, maka yang mengkritik dengan tidak beradab-sopan terus dikira terlibat dalam masalah 'ghuluw' dalam agama.

Manusia mana zaman sekarang ini yang langsung TIDAK PERNAH tersilap atau tersalah. Apa lagi jika dalam keadaan tergopoh dan tergesa-gesa. (kerana itulah ada hadith menyebut gopoh-gapah itu dari syaitan).

Kita kena tengok keadaan mana yang sudah NYATA dibuat dengan sengaja dan menghina Islam dan mana yang masih samar-samar dan belum tentu disengajakan. Hikmah perlu ada juga dalam berdakwah.  Berikut adalah laporan dari Malaysia Kini.

MalaysiaKini, 21 September  -  Pemuda PAS mengucapkan tahniah kepada pelakon komedi terkenal Zizan - atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak - kerana memohon maaf atas ucapan dialognya dalam filem Hantu Bonceng yang didakwa menghina Islam.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, langkah itu diharap menjadi pengajaran kepadanya dan artis lain agar lebih berhati-hati di layar perak dan tidak mencetus kekeliruan yang membuka pintu fitnah dan dilihat mempersendakan agama.

"Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi mengucapkan tahniah atas keberanian saudara Zizan memohon maaf, semoga ia benar, ikhlas dan tidak mengulanginya di masa hadapan," katanya.

Selepas kontroversi itu, Zizan dilaporkan memohon memohon maaf di laman Twitter dan menjelaskan tidak mungkin dia sengaja atau tergamak menghina agama dan rasulnya sendiri.

“Takkanlah saya hendak hina rasul saya sendiri. Kan dalam babak perkataan setan itu diajukan kepada Kunyit (watak pembantu). Dalam penapisan filem ada empat ulama dan telah diluluskan filem ini.

“Saya faham, apa yang salah. Tetapi fasal hina Islam memang jauh dari otak fikiran saya. Tak ada langsung terniat. Ini adalah agama dan Rasul saya. Maaf sekiranya saya silap,” beliau dipetik sebagai berkata di laman blog mikro itu.


'Serkap' filem rendah mutu

Dalam kenyataannya hari ini ini, Nasrudin berkata, bukan sahaja kalimah syahadah tetapi aksi lain seperti mendedahkan aurat, pergaulan bebas dan adegan tahyul juga perlu dielakkan kerana bertentangan dengan hukum Islam.

Katanya, masih terdapat ruang yang luas untuk seniman berkarya tanpa melanggar syariat dan mencacatkan keindahan Islam, seperti filem-filem Iran terkenal, seperti Children of Heaven dan The Moonlights yang mendapat pengiktirafan antarabangsa.

"Malah filem tanpa adegan wanita seksi yang menampakkan aurat sehingga ke paras paha serta mendedahkan sebahagian besar di bahagian dadanya, masih mampu mencapai box office dan menerima award (anugerah) di peringkat antarabangsa...," katanya.

Katanya, sudah sampai masanya industri filem negara dibebaskan dari "serkap filem" yang rendah mutu, terkepung dalam realiti yang tidak patut dibanggakan dan mengeksploitasi tubuh wanita dan tahyul sebagai "azimat pelaris".

Pemuda PAS kelmarin mendakwa filem Hantu Bonceng arahan sutradara terkenal Ahmad Idham dan dibintangi Zizan mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.

Nasrudin berkata, terdapat dialog dalam satu babak yang berbunyi "asyhadu anna Muhammadar syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan)

[Malaysia Kini]


Zizan mintak maaf di laman Twitter
Zizan mintak maaf di laman Twitter



Video penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus - Kredit to www.informasi.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.