Rabu, 7 September 2011

CEO Yahoo! dipecat dan diganti


Carol Bartz
NEW YORK  7 September 2011 - Ketua Eksekutif (CEO) Yahoo!, Carol Bartz sudah meninggalkan syarikat gergasi internat dunia itu dan tempatnya digantikan oleh Ketua Pegawai Kewangan, Tim Morse, lapor akhbar Wall Street Journal hari ini dengan memetik sumber dalaman syarikat itu. 

Bartz mengambil alih Yahoo! daripada pengasasnya, Jerry Yang awal 2009, dan sejak itu melakukan rombakan pengurusan syarikat termasuk memotong kos pengurusan sehingga menjadikan syarikat itu muncul sebagai penyedia kandungan terkemuka.

Namun, veteran Lembah Silicon itu dikecam hebat kebelakangan ini sehingga kedudukannya dalam syarikat goncang.

Akhbar itu melaporkan menerusi laman blognya, All Things Digital yang memetik beberapa sumber Yahoo! bahawa Bartz sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan "dia perlu melakukan perubahan' seperti dikehendaki Yang dan pengerusi lembaga pengarah syarikat, Roy Bostock.

Bartz yang lantang bersuara, terkenal dengan bahasa masinnya, berkata dalam e-mel dua baris ayatnya kepada pekerja-pekerja bahawa pengerusi Roy Bostock telah memecatnya melalui telefon.

Saham Yahoo melonjak hampir 6 peratus di dalam berita, $ US13.65 dalam perdagangan selepas beberapa jam.

"Dengan itu, Morse dilantik sebagai CEO sementara syarikat," kata laporan itu. 

[AFP , Berita Harian]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.