Rabu, 7 September 2011

Pelajar kolej lompat atas keretapi untuk naik percuma, akibatnya hilang dua kaki


Kaki seorang pelajar kolej perempuan berusia 17 tahun telah terputus di bahagian lutut selepas dia terjatuh ketika cuba untuk melompat ke atas keretapi yang bergerak.

Pelajar kolej lompat atas keretapi untuk naik percuma, akibatnya hilang dua kaki

Pihak Berkuasa berkata pelajar Colorado State University di AS itu 'melompat keretapi' dengan tiga lelaki yang berumur di antara 17 dan 20 tahun apabila dia tergelincir di atas keretapi Santa Fe Burlington Northern yang menuju ke utara sekitar 1:35 pm pada hari Isnin.

Nama dan keadaan remaja masih belum dikeluarkan. Polis memberitahu Denver Post bahawa dia dibawa ke Longmont United Hospital dan kemudian dibawa melalui udara ke Denver Health Medical Center, di mana kakinya telah dipotong.

Pelajar kolej lompat atas keretapi untuk naik percuma, akibatnya hilang dua kaki

Seorang lelaki lain, yang telah diseret oleh keretapi, mengalami kecederaan kecil, menurut komander polis Longmont, Jeff Satur.

Pelajar kolej lompat atas keretapi untuk naik percuma, akibatnya hilang dua kaki
Dua lelaki memeluk antara satu sama lain (mungkin alami trauma) selepas kawan perempuan mereka dihentam kereta api bergerak. Salah seorangnya mempunyai kesan darah pada seluar

Ianya masih kurang jelas tentang mengapa kumpulan itu melonjak naik ke atas keretapi bergerak. Tetapi pengulas dalam talian telah membuat spekulasi bahawa mereka telah menumpang untuk menaiki percuma kembali ke Fort Collins.

Kata pihak berkuasa, keretapi 100 gerabak itu berjalan dengan kelajuan 18mph ketika kejadian itu berlaku.

[Daily Mail]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.