Rabu, 7 September 2011

Rowan Atkinson akui dah terlalu tua untuk jadi Mr Bean

Rowan Atkinson - Johnny English Reborn
"Pakcik dah tuo nak. Tak larat dah pakcik nak jadi gilo macam watak Mr Bean tu haa."  Itulah agaknya yang akan dijawab oleh Rowan Atkinson jika anda bertanya pada dia tentang Mr Bean.

Watak Mr Bean adalah watak yang paling komersial dan berjaya buat Atkinson. Walau bagaimanapun, Mr Bean tidak mungkin untuk muncul di skrin lagi dalam mana-mana filem baru. Atkinson, 56, berkata dia percaya dia sudah terlalu tua untuk memainkan watak gila-gila tersebut.

Mungkin staminanya sudah tidak dapat mengejar gelagat Mr Bean yang sentiasa ceria dan hyper aktif.  Silap-silap terlebih aktif, nanti tak pasal-pasal terseliuh atau patah tulangnya (akibat usia yang lanjut).

"Jangan sekali-kali berkata tidak akan, tetapi saya rasa saya dah terlalu tua untuknya. Saya selalu menyukai Mr Bean sebagai tokoh seperti kartun, siapa yang tidak benar-benar dewasa."

"Saya sentiasa melihat beliau sebagai tidak makan usia dan abadi, dan saya dengan jelas tidak awet muda dan abadi."

"Semakin tua saya, semakin saya rasa saya kurang layak untuk memainkan wataknya."

Pelawak - yang membintangi Not The Nine O’Clock News dalam tahun 1970-an 1980-an dan Blackadder dari 1983 - telah ditemu bual di Australia untuk memberi publisiti kepada sambungan filem lelucon James Bond pada tahun 2003, Johnny English, iaitu Johnny English Reborn.

Semakin tuo seseorang tu, bermakno kubur pun semakin melambai-lambai dengan ucapan "balik laaaa".

[Daily Mail]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.