Buaya gergasi seberat 1 tan dan sepanjang 21 kaki telah ditangkap di sebuah kampung di Filipina, ekoran dari beberapa kejadian serangannya ke atas manusia di situ.
Buaya air masin itu dipercayai yang terbesar pernah ditangkap di Filipina. Ianya telah terperangkap dalam anak sungai di Bunawan, Filipina, pada malam Sabtu.
Kira-kira 100 orang terpaksa menarik buaya itu dari sungai di mana selepas itu kren pula mengangkat ia ke dalam sebuah trak.
Reptilia itu disyaki membunuh seorang nelayan dengan tragis yang hilang pada bulan Julai. Buaya itu kini dimasukkan ke dalam taman eko-pelancongan yang dirancang di bandar selatan.
Yang terbesar pernah ditangkap sebelum ini sepanjang 17.9 kaki. Spesimen Filipina yang baru ditemui ini dengan mudah akan mengerdilkan buaya air masin tawanan yang terbesar dalam rekod di laman web Guinness World Records iaitu Cassius, buaya jantan sepanjang 18 kaki.
[The Telegraph , The Sun]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)