Berita Terkini

Tempat-tempat yang disukai oleh masyarakat jin

Rasulullah S.a.w pernah memberitahu bahawa tempat yang paling disukai para jin adalah laut, bilik mandi, tempat yang kotor atau sampah dan sebagainya. Tandas adalah salah satu tempat di muka bumi ini yang paling digemari oleh jin, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w memerintahkan umatnya supaya memohon perlindungan kepada Allah dari jin, dengan membaca, "Allahumma inni a'udzu bika minal khubutsi wal khaba'its." (ya, Allah, aku memohon perlindungan dari gangguan syaitan lelaki dan syaitan wanita). 

Rasullullah S.a.w. telah bersabda: "Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah dia mengucapkan doa: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan." [Hadits Riwayat Abu Dawud]

Para ulama' Islam juga banyak berpendapat tentang tempat yang paling di sukai oleh jin. Menurut Syekh Abdul Mu'nim Ibrahim, tempat hidupnya jin adalah tempat yang sepi, tetapi ada pula beberapa jin yang hidup di pulau-pulau tengah laut, padang pasir, tempat sampah atau tempat yang rosak dan di antara mereka ada juga yang hidup bersama manusia.

Dari Ibnu Jabir r.a mengatakan, Rasulullah S.a.w pernah bersabda, "pada awal malam atau pada awal kalian memasuki waktu petang, lindungi anak-anak kalian kerana syaitan masuk pada waktu itu. Apabila awal malam telah berlalu, biarkan mereka dan tutuplah pintu serta sebutlah nama Allah, kerana syaitan tidak mampu terhadap pintu yang tertutup (jika di sebut dengan nama Allah ketika di tutup)." [Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim]

Bangsa jin itu memang suka tinggal di dalam gua, laut, bukit, gunung dan hutan, atau tempat-tempat terpencil lainnya. Namun jangan terkejut, mereka juga boleh tinggal serumah dengan anda.  Berikut adalah beberapa riwayat yang menjelaskan mengenai tempat tinggal jin. Tentu saja agar kita tidak mengganggu mereka dan mereka pun tidak mengganggu kita.

Abu Muhammad di dalam kitabnya Al-Uzmah menceritakan satu bab khusus tentang jin dan kejadiannya. Beliau meriwayatkan satu hadist yang bersumber dari Bilal bin Al-Haris. Demikian Bilal meriwayatkan:

"Kami pernah pergi bersama Rasulullah s.a.w dan beristirehat di suatu tempat untuk buang air. Lalu aku (Bilal bin Al-Haris) membawakan satu baldi air dan ku letakkan berdekatannya. Tiba-tiba aku mendengar suara gemuruh, iaitu suara pertempuran yang belum pernah ku dengar sebelumnya. Demikian pula bahasa yang mereka pergunakan. Setelah Rasulullah S.a.w mengetahui bahawa aku pun mendengar apa yang baginda dengar, maka sabdanya, "Jin Muslim dan Jin Musyrik sedang bertempur. Mereka bermohon kepadaku untuk mendamaikan mereka. Maka jin yang Muslim saya tempatkan di kawasan yang bernama Al-Jalsu, dan jin yang Musyrik saya tempatkan di kawasan yang bernama Al-Ghour."

Apakah Jalis dan Ghour itu?  Ibnu Katsir menjelaskan bahawa Al-Jalsu adalah suatu tempat yang terletak di kawasan pergunungan, sedang Al-Ghour adalah tempat antara gunung dan lautan. Ibnu Katsir seterusnya berkata, orang yang diganggu jin di Jalis kebanyakannya selamat, sedangkan yang diganggu jin di Ghour jarang sekali yang selamat.

Imam Malik dalam kitab Al-Muwattha' meriwayatkan, bahawa ada sebuah berita yang sampai kepadanya, iaitu ketika Umar ibnu al-Khattab r.a hendak pergi ke Iraq. Ketika itu Ka’bul Akhbar menyeru kepada Umar, "Wahai Amirul Mukminin, janganlah engkau pergi ke sana, sebab di Iraq terdapat banyak sihir dan banyak jin-jin yang jahat dan fasiq, serta penyakit yang sukar diubati."


Kerajaan-kerajaan jin di atas air dan lautan

Kita tinggal di atas Bumi yang merupakan 71% adalah permukaan air manakala hanya 28% daratan. Secara terangnya kita hanya menghuni hanya 1/3 dari kawasan Bumi (walaupun kita tidak menghuni secara padat). Iblis dan jin pula telah Allah ciptakan beribu-ribu tahun terlebih dahulu dari Allah mencipta Nabi Adam a.s sebagai khalifah di muka bumi ini. Menunjukkan betapa mereka sudah tersangat maju dalam sains dan teknologi sehinggakan tempat tinggal mereka berada di mana-mana termasuk di atas air.

Dalam hadis Jabir r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan (dalam riwayat lain di atas air) dan kemudian dia pun mengutus pasukannya......." [Hadits Riwayat Muslim (2813)]

Imam Ahmad berkata bahawa telah bercerita kepadaku Yunus dari Hammad bin Salamah dari Ali dari Abu Nadhrah dari Abu Said, bahawasanya Rasulullah S.a.w bersabda kepada Ibnu Shayyad; "Apa yang kamu lihat?" Dia menjawab, "saya melihat singgahsana di atas lautan yang dikelilingi oleh beberapa ular." Maka Rasulullah bersabda; "dia telah melihat singgahsana iblis."  [HR Ahmad]


Perkuburan

Para jin juga ada yang suka tinggal di perkuburan. Ketahuilah, kebiasaan hantu-hantu yang dijumpai di kawasan kubur adalah jin-jin yang menyamar, bukannya roh ahli-ahli kubur tersebut. Mungkin jin-jin yang menyamar itu mahu memberi kepercayaan karut kepada manusia bahawa roh manusia berkeliaran di kubur.

Telah datang dari hadits Abu Said Al Khudri r.a. bahawa Rasulullah S.a.w, bersabda; "Permukaan bumi itu semuanya masjid (boleh dijadikan tempat untuk bersolat) kecuali perkuburan dan bilik air." (Hadith Riwayat Ahmad (3/83), Abu Daud (492), Tirmidzi (317), Ibnu Hibban (1699), Al Hakim (1/251))

Berkata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah sebagaimana yang disebutkan di dalam "Majmu' al-Fatawa" (19/41) ketika berbicara tentang tempat-tempat jin: "Pada perkuburan itu terdapat sarana menuju kesyirikan .... Para syaitan menuntut orang yang hendak menjadi tukang sihir untuk selalu tinggal di perkuburan. Dan di sanalah para syaitan turun mendatanginya dan tukang sihir itu berulang-alik ke tempat ini. Para syaitan menuntutnya untuk memakan sebahagian orang-orang mati.”


Tempat istirehat unta

Dari Abdullah bin Mughaffal r.a. berkata, bersabda Rasulullah S.a.w: "Solatlah kalian di tempat peristirehatan (kandang) kambing dan janganlah kalian solat di tempat peristirehatan (kandang) unta kerana sesungguhnya unta itu diciptakan dari syaitan." [Hadith Riwayat Ahmad (4/85), Ibnu Majah (769) dan Ibnu Hibban (5657) dan selainnya)]

Berkata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah sebagaimana yang disebutkan di dalam "Majmu' al-Fatawa" (19/41) ketika menjelaskan tentang penyebab dilarangnya solat di tempat peristirehatan unta. Penyebab (dilarangnya solat) di bilik mandi, tempat peristirehatan unta dan yang seumpamanya adalah kerana itu adalah tempat-tempat para syaitan.


Tempat pembuangan sampah dan kotoran

Berkata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah dalam "Majmu' al-Fatawa" (19/41): "(Para syaitan) ditemui di tempat-tempat bernajis seperti kamar mandi dan tandas, tempat sampah, kotoran serta perkuburan."


Tempat yang telah rosak dan diabaikan

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam "Al-Adab Al-Mufrad" (579) dari Tsauban r.a. berkata: Rasulullah S.a.w berkata kepadaku: "Janganlah kamu tinggal di tempat yang jauh dari pemukiman kerana tinggal di tempat yang jauh dari pemukiman itu seperti tinggal di perkuburan."

Hadits ini hasan. Berkata lebih dari satu ulama bahawa Al-Kufuur adalah tempat yang jauh dari pemukiman manusia dan hampir tidak ada seorang pun yang lalu di situ. Berkata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah sebagaimana yang disebutkan dalam "Majmu' al-Fatawa" (19/40-41) ketika berbicara tentang jin: "Oleh kerana itu, (para syaitan) banyak ditemui di tempat yang telah rosak dan kosong."


Di dalam lubang-lubang

Telah datang hadits Ibnu Sarjis r.a. dia berkata: Bersabda Rasulullah S.a.w: "Janganlah salah seorang di antara kalian kencing di lubang…"

Mereka berkata kepada Qatadah: "Apa yang menyebabkan dibencinya kencing di lubang?" Dia berkata: "Disebutkan bahawa itu adalah tempat tinggalnya jin". Hadis ini dikeluarkan oleh Ahmad (5/82), Abu Daud (29), An-Nasai (34), Al-Hakim (1/186) dan Al-Baihaqi (1/99). Lebih dari satu ulama yang membenarkan bahawa Qatadah mendengar dari Abdullah bin Sarjis r.a. (Lihat kitab "Jami' At Tahshiil.)


Tempat-tempat berlaku syirik, bid'ah dan maksiat

Rasulullah S.a.w bersabda: "Sesungguhnya malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar." [Hadits Riwayat Bukhari (3226) dan Muslim (2106) dari hadis Abu Thalhah dan Aisyah Radhiyallahu 'anhuma dan datang pula dari para sahabat yang lain).

Jika malaikat tidak masuk ke dalam rumah, maka syaitanlah yang masuk kerana malaikat adalah tentera-tentera Allah S.w.t yang diutus untuk menjaga kaum mukminin dan menolak kemudharatan dari mereka. Termasuk kebodohan adalah jika seorang muslim mengusir malaikat dari rumahnya yang menyebabkan masuknya syaitan dari golongan jin ke dalamnya. Maka makmurkanlah rumah itu dengan zikir kepada Allah S.w.t, ibadah serta membaca Al-Quran.

Rasulullah S.a.w bersabda: "Janganlah kalian menjadikan rumah-rumah kalian sebagai perkuburan kerana sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan Surah Al-Baqarah." [Hadits Riwayat Muslim (780), Ahmad (2/337), Tirmidzi (2877) dan selainnya]


Pasar-pasar

Telah datang dari Salman r.a., berkata: "Janganlah engkau menjadi orang pertama yang masuk ke pasar jika engkau mampu dan jangan pula menjadi orang paling terakhir yang keluar darinya kerana pasar itu adalah tempat peperangan para syaitan dan di sanalah ditancapkan benderanya." [Hadits Riwayat Muslim (2451)]

Di pasar atau bandar lah tempat syaitan cuba menghasut dan mengadu-domba manusia agar berbuat kejahatan dan segala macam maksiat. 

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.a.w bersabda: "Tempat yang paling disukai oleh Allah adalah masjid dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar." (Hadith Riwayat Muslim (671))

Maka untuk kita lebih disukai oleh Allah, hendaklah kita lebih suka pergi ke masjid daripada pergi ke pasar ataupun bandar. Jika terpaksa pergi ke bandar untuk membeli-belah pun, sebaik-baiknya cuba larikan diri seberapa segera yang mungkin, dan tidak terus duduk lepak-lepak di bandar kerana ianya sangat disukai oleh Syaitan.

Abdullah ibnu 'Amr ibnu al-'Ash r.a berkata, "Jangan lah engkau menjadi orang pertama yang masuk ke pasar dan orang yang terakhir dari pasar! Kerana di pasar itu, syaitan bertelur dan beranak."

Diriwayatkan dari Mu'adz ibnu Jabal dan Abdullah ibnu Umar, "Bahawa Iblis berkata kepada anaknya Zalanbur; "Pergilah dengan segala pasukan-mu, datangilah orang-orang yang mempunyai kedai! Hiasilah bagi mereka kebohongan, kesumpahan, penipuan, pendayaan dan pengkhianatan. Dan adalah engkau bersama orang yang permulaan masuk dan yang terakhir keluar dari pasar itu!" [5]


Apa kesukaan jin dan kesukaan manusia?

Dan makhluk-makhluk halus yang terdiri dari unsur-unsur api, zarah-zarah mereka terdiri dari caj-caj elektrik, amat suka kepada tempat pertemuan antara panas dan sejuk. Dan tidak lupa jin-jin juga suka makan asap, kerana asap juga berasal dari unsur api. Jin-jin yang berunsur negatif (syaitan) sukakan bau-bauan yang busuk. Sedangkan jin-jin yang positif (jin Muslim dan seumpamanya), sukakan bau yang wangi.

Kita manusia sukakan minuman segar, makanan yang hangat, buah-buahan segar dan menghirup oksigen dan udara segar kerana kita ini terdiri dari 4 unsur iaitu air, api, tanah dan angin. Air pasangannya api manakala tanah pasangannya angin.  Wallahu a'lam.


Rujukan:

1 - majalah-misteri.net
2 - kompasiana.com
3 - Dialog dengan jin muslim - Muhammad Isa Dawud
4 - one-ummah.net
5 - Imam al-Ghazali - Ihya' Ulumuddin, kitab Adab berusaha dan mencari kehidupan.

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.