Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

» » Ratusan orang peluk Islam di Masjid Al Azhar, Jakarta


Yayasan Pesantren Islam (YPI) Al Azhar mengislamkan mualaf rata-rata 100 orang tiap tahun. Dalam 10 tahun kebelakangan ini, Lembaga Muqtadin Al Azhar (LMA) sudah mengislamkan sekitar 1,000 mualaf.

“Tahun ini saja sudah 63 orang yang masuk Islam di Al Azhar,” ungkap Hartono, Takmir Masjid Al Azhar. Menurut Hartono, paling banyak alasan mualaf masuk Islam kerana melihat Islam dari sisi rasional.

Mereka melihat Islam sebagai agama yang memberi ketenangan dan kedamaian. “Ramai yang masuk Islam kerana melihat ketenangan dan kedamaian dalam Islam,” terangnya.

Ada juga alasan mualaf masuk Islam kerana menikah. Menurut Hartono, diperlukan pengarahan agar alasan kerana menikah dijadikan alasan kedua. Al Azhar khuatir jika nanti ada masalah selama masa pernikahan menjadikan mualaf kembali ke agama sebelumnya. “Maka kita beri pengarahan dulu agar kalau ada masalah di pernikahannya, mualaf tetap Islam,” tambahnya.

Al Azhar mencatat 70 peratus mualaf berasal dari Indonesia. Yang selebihnya adalah warga negara asing. “Warga negara asing paling ramai dari Amerika, Britain, Perancis, Jepun dan Korea,” ungkap Hartono.

Menurut Hartono, Al Azhar juga memfasilitasi mualaf dengan Islamic Study. “Kita ada kegiatan mualaf, kajian untuk mualaf, juga belajar membaca AlQuran untuk mualaf,” tambah Hartono. Untuk syarat mualaf, menurut Hartono hanya syarat administratif seperti salinan kad pengenalan dan Kad Keluarga. “Yang paling mutlak bagi laki-laki untuk menjadi mualaf harus sudah dikhitan,” ujarnya.

Hartono menambah, ada mualaf yang mengaku hidupnya menjadi lebih baik setelah masuk Islam. “Dia cerita pada saya setelah masuk Islam hidupnya jadi lebih baik. Dan dia juga membawa temannya masuk Islam di Al Azhar,” tambah Hartono.

[republika.co.id]


Sememangnya jika seorang Muslim betul-betul mengikuti ajaran Islam, maka akan menenangkan hati dan bahagia insyaAllah. Tetapi jika nama sahaja Islam, tetapi tidak melakukan kewajipan-kewajipan dalam Islam terutamanya solat, maka hati akan resah gelisah, apa lagi jika ditambah pula melakukan banyak maksiat.

Biasanya mualaf akan mengikuti ajaran Islam dan mempraktikkan dengan sebaiknya, itulah sebabnya mereka biasanya akan lebih tenang dan tenteram. Bukan seperti Muslim yang hanya Islam pada nama.

Begitu jugalah biasanya kita lihat orang yang peluk Islam ini adalah kerana mereka mendapat hidayah setelah mencari kebenaran dan ketenangan hidup.  Berlainan dengan orang Islam yang murtad kerana mencari kemewahan duniawi, terpengaruh dengan kebaikan orang lain, dan kurangnya ilmu pengetahuan tentang Islam.

Jika mereka mengkaji betul-betul tentang kitab agama masing-masing, iaitu AlQuran dan Bible, nescaya mereka akan nampak dengan jelas, mana yang BENAR dan mana yang BATHIL.

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (176) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (292) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)