Berita Terkini

Pesawat hypersonic 20 kali kelajuan bunyi akan mula terbang

Pesawat percubaan tanpa pemandu yang terbang dengan kelajuan 20 kali kelajuan bunyi akan menjalani penerbangan ujian penting pada hari Khamis (hari ini).

Falcon HTV-2 - Pesawat hypersonic 20 kali kelajuan bunyi

Falcon HTV-2 akan dilancarkan di atas roket ke angkasa lepas dan akan meluncur turun kembali ke Bumi pada kelajuan 13,000 mph, menjadikannya pesawat terpantas yang ada sekarang. Contohnya, ia boleh terbang dari London , England ke Sydney, Australia dalam masa kurang dari satu jam.

Penerbangan ujian sebelum ini berlangsung hanya sembilan minit sebelum sengaja terhempas sebagai langkah keselamatan kerana masalah teknikal.

Misi ini jika berjaya, ia mungkin menetapkan rekod baru dalam perjalanan ruang sub-orbit dan membuka jalan bagi generasi senjata 'super'.

Falcon HTV-2 - Pesawat hypersonic 20 kali kelajuan bunyi

Roket yang membawa Falcon yang akan bermula hari Khamis, jika cuaca mengizinkan, dari Vandenberg Air Force Base di California menaiki roket Air Force Minotaur IV, yang asalnya adalah peluru berpandu balistik yang telah dibuang fungsi.

Ujian pada asalnya dijadualkan pada hari Rabu.  Panjang pesawat ini ialah 12 kaki. Menelan belanja setakat ini $308 juta dolar.  Boleh mengisi muatan sehingga berat 1,000 paun, termasuk bom nuklear. Badannya dibuat dari bahan karbon komposit untuk tahan haba yang tinggi.

Falcon nanti akan berpisah dan kembali ke bawah pada kelajuan yang amat besar - ia akan mengambil masa kurang daripada 12 minit untuk terbang dari New York ke Los Angeles, satu perjalanan yang diambil oleh jet biasa lebih daripada lima jam.

Projek itu sedang dibangunkan oleh Pentagon dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) sebagai sebahagian daripada generasi baru senjata hipersonik yang boleh menyerang lebih cepat daripada peluru berpandu.

Tentera AS berharap ia akan membolehkan mereka menyerang pengganas atau negara-negara penyangak di mana-mana sahaja di dunia di bawah satu jam.

Keupayaan dikenali sebagai Conventional Prompt Global Strike, atau CPGS.  Ujian ini dijangka berlangsung kira-kira tiga puluh minit, dan tidak seperti pelancaran roket lain, pelancaran roket ini tidak akan ditunjukkan secara langsung dalam talian. 





[Daily Mail , International Business Times , Guardian]


Pelancaran roket biasanya disiarkan secara live dalam talian, tetapi tidak dengan pelancaran ini. Mungkin ada sesuatu yang ingin disembunyi dan dirahsiakan?


*Update 12 Ogos 2011

Pelik wal ajaib, pesawat ini HILANG tanpa dapat dikesan selepas 9 minit pelancaran roket dilakukan. Hubungan dengannya terputus terus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.