Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

» » » Pelakon Raja Farah jaga adab selepas bertudung

Alhamdulillah, mungkin juga berkat keberkesanan lakonannya dalam filem Aku Masih Dara dulu, maka sekarang Raja Farah sudah mulai bertudung. Mengingat kembali lakonannya dalam filem tersebut, ia memang sangat menyentuh perasaan.  Apa lagi dengan penghayatan dan air mukanya pun yang nampak tenang dan suci selepas bertudung.

Ditambah lagi lakonannya ketika itu bersama Ashraf Muslim, yang juga berwatak tenang dan menyejukkan hati, memang betul-betul sesuai sekali digandingkan bersama dalam filem tersebut.  Syy, jangan marah wahai  Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, iaitu suami Raja Farah. Ini hanya sekadar mengimbas kenangan lalu. :)

Walaubagaimana pun, gandingan Raja Farah dan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria lagi masyuk. Tahniah kerana isteri anda sudah bertudung sekarang wahai Megat. Di bawah ini laporan terbaru dari myStar Online.

Pelakon 'Aku Masih Dara' iaitu Raja Farah yang kini sudah memakai tudung mengakui lebih selesa dengan penampilan barunya itu.

Tambah Farah, selepas menutup aurat sepenuhnya dia lebih menjaga adab dari segi percakapan dan pergaulan dengan lelaki bukan muhrim.

"Saya bertudung sejak dua bulan lalu dan mengakui ia datang daripada hati saya sendiri. Selepas melakukan penghijrahan tersebut saya rasa kelainan yang sangat ketara.

"Saya lebih menjaga adab pergaulan terutama untuk bersalam dengan lelaki bukan muhrim, begitu juga dari segi tutur percakapan," ujarnya yang ditemui pada rakaman Melodi Raya, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Rabu lalu.

Menceritakan detik hatinya terbuka untuk memakai tudung, Farah berkata ia bermula selepas membeli beberapa helai tudung di sebuah butik selepas menjalani penggambaran drama Cinta Abang Lori.

"Saya sebenarnya sudah lama berhasrat untuk memakai tudung tapi tiada tarikh yang tepat untuk itu, jadi suatu hari selesai penggambaran saya singgah di sebuah butik dan membeli beberapa helai tudung.

"Ketika pulang suami saya bertanya mengapa saya membeli tudung tersebut, justeru saya terus mengambil keputusan untuk memakainya," jelasnya.

Tambah Farah, dia gembira penghijrahan tersebut mendapat sokongan sepenuhnya daripada keluarga kedua belah pihak.

"Perkara yang baik sudah tentu keluarga sokong, bila saya katakan mahu bertudung sepenuhnya, mereka sangat gembira dan tidak menolak cadangan ini," tuturnya.

Ditanya tentang kerjayanya dalam bidang lakonan, Farah berkata dia bersyukur masih mendapat tawaran berlakon biarpun dia akui watak yang diterimanya agak terhad.

"Alhamdulillah, ramai dalam industri ini menerima keputusan saya untuk bertudung dan tawaran berlakon masih sama seperti dahulu cuma watak sahaja yang agak terhad berbanding dahulu.

"Ada juga produksi yang meminta saya untuk membuka tudung tetapi saya tetap dengan pendirian saya," ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya soal cahaya mata selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, Farah mengakui masih lagi berharap.

Kata Farah, dia masih terkilan dengan kontroversi yang mengatakan dia telah mengandung sebelum melangsungkan pernikahannya November lalu.

"Saya masih berharap untuk mendapatkan anak tapi buat masa ini ia tidak terlalu terdesak. Saya masih kesal dengan tuduhan yang mengatakan saya hamil sebelum bernikah sedangkan sehingga sekarang saya masih lagi belum dikurniakan rezeki tersebut," ujarnya.



«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (109) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (162) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)