Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

» » Mualaf yang berdakwah melalui Seni dan Teknologi Digital

Peter Gould
Peter Gould lahir di Sydney, Australia dan menetap di kota itu selama hampir 29 tahun. Minatnya pada dunia seni, khususnya rekabentuk grafik, membuatnya menjadi salah seorang seniman rekabentuk grafik dan digital bertaraf antarabangsa. Pelanggan-pelanggannya adalah syarikat-syarikat besar dan orang-orang terkenal dari seluruh dunia, seperti Yusuf Islam, Sami Yusuf dan Zaytuna College.

Tidak cuma itu, Peter juga sedang membina usaha busana muslim kontemporari, menerbitkan buku untuk kanak-kanak dan menjadi perunding rekabentuk bagi pelanggannya dari pelbagai negara. Tapi, yang membanggakan adalah Peter seorang muslim.

Dia mula belajar Islam pada tahun 2002, ketika dia mula sering pergi ke negara-negara Islam. "Saya sangat terinspirasi dengan bandar-bandar tua seperti Grenada, Fes dan Damaskus. Pengalaman itu memperkaya batin saya dan membuka cakerawala bagi dunia kreativiti saya, alhamdulillah," kata Peter.

Dia mendedahkan, "Ketika berkunjung dan belajar di negara-negara Timur Tengah, saya jatuh cinta dengan elemen-elemen rekabentuk dan tradisinya yang artistik, yang dibina sejak berabad-abad lalu. Saya mengambil gambar banyak hal dan berusaha untuk menyerap terperinci detailnya - kaligrafi yang luar biasa, kubah-kubah, ubin, lengkungan dan warna-warna yang cerah - benar-benar mengagumkan dan inspiratif. "

"Saya terdorong untuk memasukkan semua yang saya lihat ke dalam pekerjaan saya dan gabungkan dengan projek-projek rekabentuk grafik dan karya seni yang saya buat," sambung Peter.

Dia memuji karya seni Islam yang menurutnya mempunyai spektrum yang sangat kaya. Peter sangat mengagumi hasil kaligrafi dan rekabentuk-rekabentuk masjid dari tradisi China. "Berbeza sekali dengan Turki dan Andalusia yang bergaya Sepanyol. Saya kira, saya sedang memikirkan sebuah rekabentuk bergaya Australia!" ujar Peter bersemangat.

Kekagumannya pada seni reka Islam yang mendorongnya mempelajari Islam, membuatnya tak menunggu lama untuk segera memeluk Islam. Pada tahun yang sama, tahun 2002, dia memutuskan untuk mengucapkan dua kalimah syahadat dan menjadi seorang muslim.

Ditanya tentang perkembangan seni dan rekabentuk di dunia Islam ketika ini, Peter berpendapat bahawa generasi muda muslim ketika ini haus dengan hasil karya seni dan rekabentuk kontemporari yang berkualiti. Masalahnya, tidak banyak generasi muda muslim yang menekuni atau memilih kerjaya dalam dunia seni kreatif berbanding profesion-profesion lain.

Untuk itu, Peter mendirikan Creativity & the Spiritual Path, yang mengkordinatkan pelbagai pameran seni karya seniman muslim yang berbakat. Setakat ini, dia sudah menggelar pameran di San Francisco, Toronto dan di Sydney. Sambutan masyarakat ke atas pameran seni itu ternyata luar biasa.

"Saya berharap, inisiatif seperti ini akan membantu seniman-seniman muslim agar mendapatkan rasa percaya diri dan penghormatan, seperti yang mereka tahu dalam ajaran Islam," ujar Peter.

Baru-baru ini, Peter melancarkan projek barunya yang diberi nama Artizaan, sebuah tanda busana muslim, yang menggabungkan inspirasi gaya busana islamik Timur dan Barat.

"Rekabentuk produk busana muslim ini mewakili para muslim, seperti saya, bukan mereka yang memakai produk CK, Levi atau Gap. Alhamdulillah, projek ini boleh wujud berkat kerjasama dengan Artizara di Los Angeles, dan seorang teman saya bernama Haji Noor Deen, dia seniman kaligrafi . Setakat ini, penerimaan atas produk ini cukup menggembirakan," ujar Peter.

Sebelum ini, Peter membantu sejumlah 'public figure' untuk membuat pelbagai rekabentuk grafik. Pembuatan sampul album Sami Yusuf, pembuatan laman Zaytuna College dan dan pembuatan rekabentuk untuk Yusuf Islam adalah projek yang paling berkesan untuknya.

"Suatu kehormatan buat saya, bekerja untuk orang-orang inspiratif dan menyumbang kepada perubahan yang positif bagi dunia," tambah Peter. (Kw / MV)

[eramuslim.com]


«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (109) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (162) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)