Berita Terkini

Islam agama hujah, tak perlu tindakan JAIS - Dr Asri


Islam adalah agama hujah dan semestinya ditegakkan dengan hujah serta dilindungi oleh hujah, kata bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Sehubungan itu, katanya Malaysia sebagai sebuah negara Islam sepatutnya, berlaku keadaan di mana orang lain terpengaruh dengan Islam dan bukannya umat Islam di negara ini pula yang dipengaruhi oleh hujah pihak lain.

“Saya terfikir bagaimanakah jika negara-negara bukan Islam seperti Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah mengambil tindakan yang sama ke atas masjid-masjid di sana.

“Kita tahu umat Islam di sana aktif berdakwah kepada bukan Islam di pelbagai tempat khususnya di pusat-pusat Islam dan masjid-masjid. Bukan Muslim dijemput datang ke masjid dan diberikan al-Quran dan risalah-risalah berkaitan Islam.

“Jika mereka memakai undang-undang seperti kita, tentu masjid-masjid akan diceroboh dan didakwa,” katanya dalam satu SMS ringkas kepada Malaysiakini, petang semalam.

Dr Asri mengulas kejadian 3 Ogos lalu, apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) didakwa menyerbu sebuah majlis makan malam yang diadakan di sebuah gereja di Petaling Jaya tanpa sebarang waran.

Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali bagaimanapun mempertahankan tindakan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama itu dengan alasan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Menurut Dr Asri sebagai agama hujah, pengajaran dan dakwah Islam sepatutnya mampu menangani isu berkenaan tanpa memerlukan tindakan seumpama itu daripada JAIS.

“Bukan hendak mempertikaikan JAIS, namun untuk renungan kita umat Islam di Malaysia; sehingga bila kita hendak bergantung dengan undang-undang?

“Ertinya, pengajaran dan dakwah kita perlu disemak semula,” katanya mengakhiri SMS itu.


Ada yang sengaja main isu gereja


Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyuarakan kebimbangannya terhadap perkembangan isu serbuan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa "diadun" dengan isu politik.

Katanya, perkara itu boleh dilihat pada pendirian "pihak berkuasa agama" yang bimbang orang Islam memasuki gereja dan melarang bukan Islam memasuki masjid.

"Pihak berkuasa agama bimbang apabila ada orang Islam pergi ke gereja. Risau nanti mereka terpengaruh dengan Kristian.

"Peliknya kenapa dulu mereka menghalang orang bukan Islam masuk ke masjid? Apakah mereka juga bimbang bukan Islam terpengaruh dengan Islam?" soal Dr Asri.

Ogos tahun lalu, isu larangan terhadap bukan Islam memasuki masjid menjadi isu hangat selepas anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching memasuki surau di Kajang bagi menyampaikan sumbangan.

JAIS antara pihak pertama dilaporkan mengkritik tindakan itu atas alasan orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri berkata larangan pihak berkuasa agama itu menjadikan orang ramai semakin tidak faham dengan politik negara ini apabila ia "diadun dengan agama".

"Kalaulah masuk ke gereja mempengaruhi seseorang kepada Kristian, patut masuk masjid akan mempengaruhi seseorang kepada Islam.

"Mengapa kita halang? Apakah kita tidak suka mereka terpengaruh dengan Islam?

"Akhirnya, kita pening siapa yg jujur, siapa yg sebaliknya. Siapakah yang hendak menegakkan (keadilan) dan siapakah yang hendak bermain dengan isu?" soalnya lagi.




Komentar yang sangat BERHIKMAH dari Dr ASri! Sememangnya Islam turun bersama HUJJAH, dan dengan hujjah Islam akan berkembang. KEBENARAN perlu ada HUJJAH, bukan hanya dengan KEMARAHAN, MAKI HAMUN, BUSUK HATI, MENCARUT dan sebagainya.

Semoga nanti akan diadakan lebih banyak lagi DEBAT / DIALOG ANTARA AGAMA, agar KEBENARAN dirasai semua, insyaAllah. Hanya Islam agama yang diterima di sisi Allah.

“Ajaklah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah, dan peringatan yang baik serta debatlah mereka dengan cara yang baik, sesungguhnya, Tuhanmulah Yang Maha Tahu siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Yang Maha tahu siapa yang mendapat petunjuk”. (Surah an-Nahl : 125).


“Dan siapakah yang lebih bagus pernyataannya daripada orang yang mengajak kepada Allah dan beramal shalih, serta menyatakan: ‘Aku adalah termasuk orang-orang muslim."  (Surah Fushilat : 33)

Allah ma'ak ya Dr Asri, jazaakallahu khoirol jazaa' :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (57) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.