Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

» » ISA genap 51 tahun hari ini

KUALA LUMPUR 1 Ogos 2011 - Hari ini genap 51 tahun kewujudan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang digubal kerajaan pada tanggal 1 Ogos 1960.

ISA merupakan undang-undang tahanan pencegahan di Malaysia yang membenarkan penahanan tanpa bicara selama 60 hari berturut-turut dengan alasan mengancam keselamatan negara.

Selepas itu, seseorang tahanan boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.

Sejak ia diwujudkan pada 1960, akta drakonian ini telah memenjarakan ribuan ahli politik, aktivis pekerja, pemimpin pelajar, agamawan, ahli akademik, aktivis NGO dan sebagainya.

Presiden Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, kerajaan tidak serius untuk mengkaji undang-undang yang jelas mencabuli hak asasi manusia, meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah menyebutnya dua tahun lalu.

“Sudah 51 tahun akta ini diwujudkan, namun tidak banyak perubahan malah ia diperketatkan sehingga sampai ke tahap tidak boleh membuat semakan di Mahkamah,”

“Pada 2009 lalu, kerajaan pernah mengumumkan untuk mengkaji semula akta yang zalim ini tapi sekarang sudah lebih setahun dan tiada apa-apa yang perkembangan berlaku,” kata Syed Ibrahim yang menambah ISA sama zalim seperti Ordinan Darurat dan Akta Dadah Berbahaya.

Menyokong kenyataan itu, Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram), E Nalini turut menuntut janji kerajaan supaya mengkaji semula akta itu. Menurutnya, sambutan kemerdekaan ke-54 pada tahun ini tidak bermakna sekiranya rakyat masih lagi dibayangi akta zalim itu sejak 51 tahun lalu.

Tambah Nalini, tahun ini saja lebih 30 orang telah ditahan di bawah ISA dan akan menjadi lebih serius jika dibiarkan.

“Akta ini langsung tidak membantu rakyat ia bukannya mengancam keselamatan negara tetapi keselamatan politik Kerajaan UMNO-BN,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Dua tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju kerajaan akan mengkaji untuk meminda ISA bagi memastikan satu perubahan yang besar dalam usaha menangani keselamatan di negara ini.

Najib berkata kajian dan perubahan melibatkan akta lain yang berkaitan dengan ISA juga dilihat perlu bagi kesesuaian keadaan semasa dan kehendak rakyat.

[Nabihah Hamid - Keadilan Daily]

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (176) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (292) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)