Dalam ekspedisi baru-baru ini, 13 spesis baru 'katak bertaring' telah dilihat di Sulawesi buat pertama kalinya, 9 daripada mereka yang baru kepada sains, mengikut kajian baru yang diketuai oleh Ben Evans, pakar biologi dari McMaster University, Hamilton, Kanada.
Katak bertaring termasuk dalam genus Limnocetes. 'Taringnya' bukan gigi tetapi penonjolan beberapa rahang bertulang yang tidak dapat dilihat melepasi gusi, kata Evans, yang kajiannya yang telah disiarkan dalam isu Ogos jurnal American Naturalist.
Para saintis masih belum menemui maksud taringnya, tetapi satu kemungkinan bahawa katak menggunakannya untuk membantu menangkap makanan di dalam air yang bergerak laju. Katak dengan taringnya terbesar seolah-olah memburu ikan atau berudu.
Beberapa kemungkinan ianya sebagai senjata melawan haiwan jantan lain untuk mempertahankan wilayah, menangkap mangsa seperti ikan dan serangga serta sebagai senjata melawan pemangsa.
Untuk mencari katak ini, Evans dan pasukannya perlu melakukan ekspedisi di sepanjang sungai dan hutan dengan risiko gigitan ular berbisa. Hasilnya, ada 683 ekor katak yang berjaya ditangkap. Peta pengedaran katak lalu dibuat, sekaligus perbandingan ciri katak dengan lingkungannya.
"Nasib baik katak ini tentu tidak menggigit anda dengan taring mereka," Evans berkata, "dan penonjolan itu tidak mempunyai apa-apa racun dalam diri mereka."
[National Geographic]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)