Berita Terkini

Wajah misteri yang hadir dalam mimpi ribuan manusia

Wajah misteri yang hadir dalam mimpi ribuan manusia
Sebuah laman web yang beralamat di http://www.thisman.org telah membuat ramai orang hairan. Laman web yang memaparkan lukisan wajah lelaki misteri ini meminta setiap pengaksesnya memberikan maklumat seandainya mereka pernah memimpikan wajah tersebut.

Kononnya, wajah lelaki dalam lukisan tersebut sudah hadir dalam mimpi beribu-ribu orang di seluruh dunia. Mungkin oleh kerana itulah ramai orang yang ingin tahu dan cuba untuk mengaksesnya. Laman web ini kemudian terus menjadi hit dengan trafik akses yang padat.

Dalam laman itu disebutkan, lukisan wajah lelaki misteri itu pertama kali dilukis oleh seorang wanita yang tengah menjalani sesi terapi dengan psikiatri peribadinya tiga tahun lalu. Wanita itu menyebutkan, wajah lelaki tersebut hadir berulang kali di dalam mimpinya. Demikian keterangan yang dikutip dari Big News Networks.

Berdasarkan keterangan dalam laman web itu pula, si wanita tersebut mengaku tidak pernah melihat atau bertemu dengan lelaki itu sebelumnya. Anehnya, pesakit lain yang melihat lukisan wajah si lelaki misteri itu juga mengaku pernah bermimpi tentang lelaki itu.

Kemudian, ketika psikiatri menghantar gambar tersebut pada rakannya, beberapa pesakit rakannya juga mengenali wajah itu.

Kini, gambar tersebut diposting di internet. Hanya dalam masa dua minggu sejak diposting, laman web yang memaparkan lukisan wajah lelaki itu terus menjadi sebuah fenomena. Bahkan beberapa pengakses mengaku sukar untuk mengaksesnya. Di duga, hal ini disebabkan begitu ramai orang yang ingin mengetahuinya sehingga membuat trafik aksesnya padat.

Namun begitu, ramai pula yang mengkritik kehadiran laman web ini dan menyebutkan bahawa lukisan wajah lelaki tersebut hanya berita bohong yang sengaja dibuat untuk menimbulkan sensasi.



Hhmmmmmmm , macam tak logik je. Mungkin hanya HOAX ....... Lagi pun ntah hapa-hapa je muka dalam lukisan tu, keh3.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.