Khamis, 7 Julai 2011

Video: Time lapse ribut pasir di Arizona

Time lapse ribut pasir di Arizona
Ikuti laporan sebelum ini berkenaan dengan Ribut Pasir yang melanda Arizona , yang telah menjadikan hari siang seperti suasana malam. Kali ini adalah kesinambungan dari berita itu, tetapi dalam kategori fotografi pula.

Seorang jurugambar iaitu Mike Olbinski kebetulan ada di kawasan kejadian. Beliau telah sempat merakamkan video timelapse kejadian ribut pasir itu dengan baik sekali.  Dilakukan dengan menetapkan kamera shoot 5 saat sekali dan digabung-gabungkan kemudiannya menjadi satu video.

Tips untuk membuat video timelapse

Jika anda mahu cuba bikin video timelapse sebegini, beli saja 'Shutter release cable' @ sejenis remote control untuk menekan shutter kamera DSLR dengan alat itu. Cari yang jenis ada 'Timer' yang kita boleh tetap kan berapa saat / lama masa sekali mahu tembak, barulah tidak perlu tunggu secara manual berapa lama sekali untuk klik (agar tidak memenatkan sangat).

Kemudian selepas habis menembak, gambar-gambar itu boleh diproses dalam perisian percuma iaitu 'Photolapse' untuk menjadikannya video timelapse dengan mudah.

Saksikan suasana yang sungguh dramatik ini, subhanallah .......



Saksikan juga video UFO di ribut pasir Arizona

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.