Berita Terkini

Program realiti TV memaparkan keluarga Islam di Amerika

Rangkaian televisyen TLC membuat satu siri realiti yang mengikuti kehidupan orang Islam yang tinggal di Amerika.

Program yang dipanggil 'All American Muslim' (Semua Muslim Amerika) akan mengikut lima keluarga Islam di Dearborn, Michigan berharap untuk mendedahkan 'salah faham dan konflik' di luar dan dalam yang mereka hadapi dalam masyarakat mereka sendiri.

Program realiti TV memaparkan keluarga Islam di Amerika

Dearborn mempunyai salah satu dari populasi Muslim terbesar di Amerika dan mempunyai masjid yang terbesar di Amerika Utara.

Program realiti TV memaparkan keluarga Islam di Amerika

Siri yang akan dikeluarkan pada bulan November nanti - menampilkan pelbagai watak termasuklah satu set adik-beradik yang salah satu daripada mereka memakai tudung manakala yang lain melakukan tindikan dan tatu dan berkahwin dengan pemeluk Islam Ireland yang asalnya Katolik.

Watak lain termasuklah yang baru-baru ini berkahwin, Nadar dan Nawal, yang 'melahirkan anak pertama mereka dan cuba untuk mencari keseimbangan antara akar tradisi Islam mereka dan budaya Amerika.

Menurut kenyataan rangkaian itu, "Keluarga-keluarga yang diketengahkan dalam siri-siri itu mempunyai agama yang sama, tetapi membawa kehidupan yang berbeza yang sering kali mencabar stereotaip seorang Muslim."

Pengumuman itu datang kerana sikap positif di Amerika terhadap umat Islam telah menjadi semakin meningkat.

Awal tahun ini CNN mendapati bahawa 46 peratus rakyat Amerika mempunyai pandangan yang positif terhadap orang Islam Amerika, manakala 26 peratus mempunyai pandangan negatif.

Pada tahun 2002, bilangan rakyat Amerika dengan pandangan positif terhadap umat Islam hanya berada pada 39 peratus.

[Dailymail.co.uk , CNN]


Alhamdulillah, sangat bagus sekali diadakan rancangan sebegitu, agar dunia dapat lihat dan kenal dengan sebaiknya keluarga Muslim , yang mana Muslim bukannya PENGGANAS, tetapi telah dilabelkan sebagai PENGGANAS oleh PENGGANAS-PENGGANAS ANTARABANGSA sendiri yang mengaku mereka sebagai HERO.

Cuma ada sebilangan kecil Muslim yang menjadi PENGGANAS, tetapi itu bukan diajar oleh Islam, tetapi Islam sendiri MENGUTUK PENGGANAS terutamanya yang MENYUSAHKAN ORANG AWAM dan TIDAK BERHATI-PERUT.

Mana-mana agama pun ada yang menjadi PENGGANAS, bukan semata-mata Muslim saja yang menjadi PENGGANAS. 

Semoga rangkaian televisyen itu memaparkan program realiti tersebut dengan jujur dan tidak berniat jahat. 

Dan semoga dapat menjadi iktibar kepada kita umat Islam di Malaysia juga. Orang-orang barat sana sudah celik mata dan sedar serta berubah ke arah Islam (terutamanya selepas kejadian 9/11). Jangan kita pula di sini semakin berubah ke arah ZAMAN JAHILIYAH dengan MENOLAK ISLAM dan sanggup menjadi HAMBA DUNIA, na'uzubillah .......



Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.