Berita Terkini

Nik Abdul Aziz sokong Bersih 3.0 jika tuntutan tak dilayan

Berikutan dari kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mat Sabu, jika tuntutan yang dikemukakan tidak dilaksanakan oleh kerajaan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pun bersetuju jika Himpunan Bersih 3.0 mahu di adakan nanti.

Perhimpunan secara aman adalah SAH jika bercakap soal DEMOKRASI, kerana demokrasi membenarkannya. Adanya demonstrasi secara aman menunjukkan demokrasi itu sendiri, iaitu rakyat BEBAS melaungkan pendapat. Jika kerajaan BN tidak bersetuju dengan ini, maka JANGAN adakan negara DEMOKRASI. Tubuhkan saja negara KUKU BESI atau DIKTATOR, kan senang :P

Ini pun masih ramai yang belum faham-faham walaupun nama saja dah sekolah tinggi. Dah lama mana kita merdeka, istilah dan maksud DEMOKRASI pun masih tidak faham-faham lagi. Tetapi kerana fanatik kepada UMNO contohnya, sampai sanggup maki hamun orang lain perkara yang dia sendiri TIDAK FAHAM. Itukah rakyat Malaysia yang beradab dan berakhlak? Dan yang paling sedihnya lagi, ramai yang tidak malu-malu lagi mengutuk dan mencerca ULAMA! Jika PEWARIS NABI sudah anda kutuk, anda mahu mengikut orang-orang yang JAHIL memimpin anda ke akhirat nanti?

Islam turun dengan hujjah, dan jika mahu tegakkan KEBENARAN, perlu berikan HUJJAH, bukan dengan maki hamun dan kutuk mengutuk dengan bahasa MENCARUT dan CELUPAR.

Dulu waktu saya pro UMNO, saya tengok orang-orang PAS yang ramai bermulut CELUPAR dan BIADAB. Tetapi zaman sekarang ini, saya tengok ramai orang UMNO pula yang bermulut CELUPAR dan suka MENCARUT. Mana adab sopan dan tata susila kita sebagai umat Islam?

Saya tahu ada yang tidak puas hati kerana Malaysia sudah AMAN kononnya, tetapi masih lagi mahu berbalah dan berperang sesama sendiri. Maka, satu saja saya nak pesan pada muslimin dan muslimat semua, jika anda seorang Muslim dan percaya kepada nabi Muhammad s.a.w, maka dengarkan dan fahamilah baik-baik hadith baginda di bawah ini yang saya sudah BANYAK KALI ulang dalam tulisan-tulisan saya di internet dan saya TIDAK AKAN jemu mengulangnya supaya menjadi PERINGATAN BERSAMA (kerana masih ada ramai lagi yang TIDAK FAHAM-FAHAM dan buat PEKAK mata hati dan telinga rohani).

".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. (Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Maka selagi pemimpin kita yang mengaku Islam itu TIDAK melaksanakan Undang-undang Islam, selagi itu lah kita semua akan BERPERANG SESAMA SENDIRI dan lama-lama nanti makin teruk!  Faham tak lagi tu?

Nabi Muhammad s.a.w bukan SEMBANG KOSONG atau bercakap MERAPU dalam hadith di atas, tetapi itu adalah PERINGATAN yang beliau terima dari Allah S.w.t Pencipta kita semua.  Harap bukakanlah minda , semoga anda yang masih tidak nampak mendapat hidayah dariNya, amin.

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong idea mengadakan Himpunan Bersih 3.0 jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih berkeras untuk tidak melaksanakan tuntutan dikemukakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Nik Aziz (gambar), yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, perhimpunan itu perlu diadakan bagi memastikan keadilan dan ketelusan dalam sistem pilihan raya negara.

Tegas beliau, sistem pilihan raya yang bersih dan adil perlu diadakan kerana ia dituntut dalam Islam, selain melibatkan soal pentadbiran negara.

“Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal... apa lagi soal mentadbir negara,” katanya dipetik HarakahDaily hari ini.

Semalam Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberi mengingatkan SPR agar melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0 sekiranya tidak mahu berdepan dengan satu lagi — Himpunan Bersih 3.0.

Jelas beliau, empat daripada lapan tuntutan yang dikemukakan Bersih kepada SPR boleh dilaksanakan agensi itu dengan serta-merta.

Mengenai dakwaan media arus perdana yang mengatakan Mohamad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlaku mengalami kecederaan ketika menyertai Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu, Nik Aziz berkata, “hanya rakyat yang boleh menjadi hakim.”

“Orang Umno memang begitu, suka menafikan, dia tuduh kita (PAS) tetapi rakyat yang akan menjadi hakim, insya-Allah,” katanya.

Kata pemimpin veteran ini, perhimpunan yang didakwa disertai 50,000 peserta akan berjalan secara aman sekiranya pihak keselamatan tidak diperalatkan Umno yang mahu menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka.

“Perasaan manusia bila dia yakin, seperti air hujan dari langit akan turun dengan baik dan sekiranya disekat umpama air banjir mengganas menghanyutkan apa sahaja yang ada dihadapan. Kiranya ada cadangan untuk buat lagi, saya setuju selagi sistem pilihan raya di negera ini tidak berjalan lancar.

“Mentadbir negara yang diangkat secara bersih adalah kerja agama dan ia perlu disokong oleh semua, selagi pilihan raya di negara ini berjalan tidak cara bersih, memang saya sokong atas nama apa sekalipun.

“Mentadbir negeri adalah ajaran Islam seperti ianya menjaga diri sendiri, mata, bercakap, makan cara bersih, kerana itu ingin menjaga Kelantan cara bersih,” ujar Nik Aziz.

Jelas beliau, pentadbiran Najib perlu memberi jaminan sistem pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil sekiranya tidak mahu menerima balasan buruk di akhirat.

Menurutnya, peniaga yang dikatakan mengalami kerugian besar akibat perhimpunan itu disebabkan tindakan Barisan Nasional (BN) yang membuat provokasi.

“Cuba tidak menakutkan mereka atau memberi laluan demonstrasi bersih cara baik, orang akan beli air sana, air sini dan hasil jualan akan laku,” ujarnya.


Islam tak beri pemerintah lesen lakukan apa sahaja - kata Dr Asri

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Dalam pandangan dilihat menyentuh kesan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Putrajaya telah mempergunakan pemimpin agama untuk mempertahankan kuasa sebagaimana disaksikan di rantau Timur Tengah.

Bekas mufti Perlis itu berkata pemerintah di Timur Tengah yang sebahagian besarnya adalah “korupsi dan zalim” mempergunakan pemimpin agama untuk membela mereka.

“Mereka (pemimpin agama) memahami nas-nas al-Quran dan Hadis secara literal dan menganggap urusan muamalat dan siasah sama seperti ibadat khusus yang tidak boleh dilakukan pembaharuan dan tokok tambah,” kata tokoh agama yang memperlihatkan pendirian progresif.

Tenaga akademik dari Universiti Sains Malaysia ini memberitahu, keadaan itu wujud apabila kelompok terbabit mentafsir hadis-hadis politik secara literal, yang seakan-akan Islam memberikan ‘lesen’ besar kepada pemerintah untuk melanyak rakyat dan rakyat pula diikat kaki, tangan dan mulut dengan nas-nas agama dari bertindak atau membantah.

“Lebih hodoh lagi, hanya nas-nas yang ‘kelihatan’ pro-pemerintah sahaja yang dibaca, diforumkan, diwar-war dalam pelbagai saluran sedangkan nas-nas yang memberikan amaran terhadap kezaliman pemerintah tidak pula dicanangkan,” kata beliau.

Di Malaysia kata Asri, “kita dapat melihat fonomena ini semasa isu demonstrasi panas baru-baru ini dalam masyarakat.”

“Di sini bukan bertujuan menyokong atau menentang demonstrasi aman, tetapi sekadar ingin membincangkan kefahaman sesetengah pihak mengenai hadis-hadis berkaitan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

[Malaysian Insider]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.