Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

» » » Kulit buah dan sayuran sebagai anti kanser

Kulit buah atau sayur-sayuran memang tidak selazat isi buahnya. Rasanya boleh jadi pahit, masam, atau hambar sehingga orang cenderung membuangnya. Padahal, pada kulit inilah terletak nutrisi yang kerap disebut mampu melawan kanser, meningkatkan tenaga dan sebagainya.

Dr Marilyn Glenville, bekas Presiden Food and Health Forum di Royal Society of Medicine, mengatakan bahawa semua buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai suatu bio-sinergi, yang ertinya manfaat nutrisi dari masing-masing bahagian diperkuatkan oleh yang lain. Di bawah ini ada beberapa buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh anda makan bersama kulitnya.

1 - Buah kiwi

Kulit buah kiwi yang berbulu mengandungi antioksidan yang tinggi, yang diyakini mampu berfungsi sebagai anti-kanser, anti peradangan, dan antialergen, demikian menurut Dr Glenville. "Kulitnya mengandungi antioksidan tiga kali lebih banyak daripada isinya. Selain itu juga boleh melawan bakteria, seperti Staphylococcus dan E-coli, yang membuat anda keracunan makanan," katanya.

Cara memakannya: Jika kulit buah kiwi terasa terlalu masam, pilih buah kiwi jenis gold (boleh anda beli di pasar raya besar) yang rasanya memang manis. Kulitnya juga tak terlalu berbulu, tetapi menyediakan manfaat yang sama. Masukkan kulitnya juga jika anda membuat jus kiwi.

2 - Nenas

Tentu, anda tidak perlu mengunyah kulit nenas yang berduri itu. Yang harus anda makan adalah bahagian tengahnya yang keras. Nenas sendiri kaya dengan serat dan vitamin C, dan manfaat utamanya terletak pada enzimnya yang disebut bromelain. Bromelain berfungsi memecahkan makanan, dan rangkaian mati yang tinggal di dalam sistem pencernaan sehingga melindungi perut.

"Bahagian pusat dari nenas ini mengandungi kepekatan bromelain dua kali ganda daripada isi buahnya," papar Dr Glenville.

Cara memakannya: Tekan dan hancurkan bahagian tengahnya, dan tambah perahannya ke dalam smoothies. Daging buahnya boleh ditambah ke dalam sup atau kaserol untuk memberikan lebih banyak serat.

3 - Brokoli

Yang membuat brokoli menjadi berat ketika ditimbang adalah tangkainya. Tangkai ini biasanya dibuang, padahal tangkai itulah alasan kita mengambil brokoli. "Tangkai brokoli mungkin tidak terlalu terasa seperti bunganya, tetapi mempunyai kandungan kalsium dan vitamin C yang lebih tinggi," kata Dr Glenville. Tangkai brokoli juga kaya serat larut sehingga anda akan merasa kenyang lebih lama.

Cara memakannya: Potong-potong tangkai brokoli menjadi seukuran kentang goreng, lalu tumis atau rebus bersama bahan makanan lain.

4 - Pisang

Para penyelidik di Taiwan mendapati bahawa ekstrak kulit pisang boleh menghapuskan tekanan kerana kaya dengan serotonin, senyawa kimia yang mengimbangkan mood. Kulit pisang juga baik untuk mata kerana mengandungi antioksidan lutein yang melindungi sel-sel mata dari paparan sinar ultraviolet. Inilah yang boleh menyebabkan katarak.

Cara memakannya: Pasukan penyelidik Taiwan ini menganjurkan untuk merebus kulit pisang selama 10 minit, lalu meminum air rebusannya yang sudah sejuk. Atau, masukkan ke dalam pemerah jus, lalu minum jusnya.

5 - Bawang putih

Menurut para penyelidik dari Jepun, kulit bawang putih mengandungi enam senyawa antioksidan yang berlainan. Mengupas bawang putih boleh menghilangkan antioksidan phenylpropanoid yang membantu melawan proses penuaan dan melindungi jantung.

Cara memakannya: Tuangkan minyak zaitun di atas setengah atau semua ulas bawang putih, lalu taruh di atas baki bersamaan dengan ayam atau sayur-sayuran yang sedang anda panggang.

6 - Buah-buahan sitrus

Kulit oren dan tangerine mempunyai jenis antioksidan kuat yang disebut super-flavonoids, yang boleh mengurangkan kadar kolesterol jahat secara signifikan, tanpa menurunkan kadar kolesterol baiknya. Antioksidan yang diperolehi dari kulit 20 kali lebih kuat daripada yang didapati dari jus.

"Hal yang sama berlaku untuk semua buah-buahan sitrus," kata Dr Glenville. "Sumsumnya yang berwarna putih mengandungi pektin yang tinggi, iaitu komponen serat diet yang diketahui mampu menurunkan kolesterol dan melawannya dengan bakteria baik."

Cara memakannya: Tambah parutan kulit buah sitrus ke bunga kobis, keju, atau kek dan muffin. Atau, masukkan semua buah yang belum dikupas ke dalam pemerah jus sehingga anda mendapatkan seluruh manfaatnya.

7 - Kentang

Kebanyakan orang tahu bahawa kulit kentang itu sihat, tetapi tak banyak yang tahu alasannya. Kulit adalah sumber nutrisi dari kentang. Sekepal kulit kentang menyediakan separuh dari pengambilan harian serat larut, potasium, zat besi, fosforus, seng, dan vitamin C. "Per paun-nya, kentang mengandungi lebih banyak vitamin C daripada limau sehingga baik untuk sesiapa sahaja yang ingin mencegah flu," kata Dr Glenville.

Cara memakannya: Jadikan kentang panggang ini kulitnya, rebus dan tumbuk dengan kulitnya menjadi kentang tumbuk, atau potong-potong menjadi wedges, celupkan ke dalam sedikit minyak zaitun, lalu panggang sebagai potato wedges.

[Diolah dari Kompas.com]


«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (110) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (162) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)