Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

» » Kenapa biawak Salamander dapat tumbuh semula anggota badan yang putus

Foto kredit: Scott Camazine
Salamander tompok
Manusia apabila mengalami putus tangan atau kaki, ianya tidak akan tumbuh sendiri menggantikan anggota yang putus. Sama ada perlu lakukan pembedahan secepat mungkin untuk menyambung kembali anggota terputus atau pakai anggota palsu di kemudian hari. Tetapi berbeza dengan biawak Salamander.

Ternyata Salamander cukup unik. Ya, beberapa cicak boleh tumbuh semula ekor mereka. Dan manusia boleh tumbuh semula hujung jari dalam banyak kes, lebih-lebih lagi jika seorang kanak-kanak kehilangan hujung jari. Tetapi, dari semua ribuan haiwan vertebrata (haiwan yang mempunyai tulang belakang) di planet ini, termasuk ikan, amfibia, burung, reptilia dan mamalia, hanya Salamander yang satu-satunya dapat tumbuh semula anggota badan keseluruhan. Jadi, kenapa Salamander boleh melakukannya, tetapi tidak manusia?

Cara Salamander tumbuh semula anggota memang benar-benar menarik. Pertama, Salamander mempunyai cara untuk memotong aliran darah secara automatik apabila mereka kehilangan anggota badan. Dengan cara itu mereka tidak berdarah teruk seperti ramai orang apabila kehilangan anggota badan.

Kedua, sel pada permukaan tunggul Salamander melalui proses yang membuat mereka kelihatan seperti sel-sel yang terdapat dalam embrio. Apabila anda masih janin di dalam rahim ibu anda, anda bermula sebagai satu sel. Kemudian anda bertukar menjadi bola sel-sel. Akhirnya, datang satu masa anggota badan anda berkembang.

Semua anggota badan anda berkembang dengan menggunakan sel stem. Sel stem adalah sel yang boleh bertukar menjadi apa-apa jenis sel. Apabila anggota badan anda berkembang, sel stem akan berubah menjadi sesuatu seperti otot, tulang, kulit dan salur darah. Sel-sel semuanya mengikuti 'program' (dimana ahli-ahli sains tidak memahami sepenuhnya lagi) yang memetakan semua yang keluar.

Dalam Salamander, permukaan luka akan dilindungi dalam sel seperti-stem. Sel-sel ini seolah-olah memainkan semula 'program' yang membolehkan embrio mengembangkan anggota badannya. Dalam erti kata lain, Salamander tumbuh semula anggota badan dengan cara yang sama embrio tumbuh anggota badan. Ini membolehkan Salamander tumbuh semula kaki sama ada sekali atau dua kali, atau malah berkali-kali.

Dalam manusia dan haiwan lain, ini tidak berlaku. Pada manusia, permukaan luka akan diliputi dalam sel-sel yang berubah menjadi tisu parut. Para saintis berharap bahawa, dalam tempoh beberapa tahun akan datang, mereka boleh memikirkan bagaimana untuk menggantikan sel-sel tisu parut dengan sel-sel menumbuh anggota badan. Kemudian manusia akan mempunyai keupayaan untuk tumbuh semula anggota badan juga.

Sementara itu, ahli-ahli sains yang lain berusaha untuk mengganti organ-organ. Katakan jantung menjadi teruk keadaannya. Para saintis berusaha dengan sistem yang akan membiarkan mereka mengembangkan kepada anda jantung baru daripada sel anda sendiri. Teknik ini juga menggunakan sel stem.

Kemudian doktor boleh mengeluarkan jantung lama anda dan digantikan dengan yang baru. Ia mungkin akan mengambil masa 10 atau 20 tahun bagi semua penyelidikan ini untuk mencapai matlamat.

[HowStuffWorks]


SubhanAllah .......


«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (109) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (162) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)