Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

» » Kejadian-kejadian panas sekitar Himpunan Bersih 2.0

Himpunan Bersih 2.0 telah pun berakhir kelmarin, tetapi memori tentangnya akan terus terpahat dan terukir di lubuk hati sanubari, cewwah, sastera sikit. Di sebalik perhimpunan yang aman tetapi telah dinodai dan dikasari oleh pihak polis itu, ada kejadian-kejadian panas yang perlu direnung-renungkan bersama.


Polis dan FRU bertindak ganas terhadap peserta-peserta Himpunan Bersih 2.0

Macam lah peserta-peserta Himpunan Bersih 2.0 telah lakukan jenayah besar, atau gangster @ kongsi gelap, atau merempit, atau mengedar dadah dan seumpamanya. Tetapi sebahagian mereka telah diperlakukan dengan kasar oleh beberapa anggota polis dan FRU yang kepala pengat. 

Himpunan Bersih 2.0 di negara luar yang dilakukan serentak tidak pula dikacau oleh polis di sana, tetapi himpunan di negara sendiri dikacau. Menunjukkan pimpinan UMNO NO NO sangat takut dan terdesak, hingga mengarahkan polis melakukan perkara-perkara yang kasar semata-mata untuk membatalkan perhimpunan dan menunjukkan kepada rakyat bahawa sedikit sahaja yang datang, kononnya. Taktik kolot melalot ke laot dah tu! Rakyat sekarang sudah cerdik, bukan mudah ditipu.

Saya tidak katakan semua polis dan FRU adalah ganas dan bertindak dengan jahat, tetapi hanya beberapa orang yang sebegitu. Mungkin kerana telah mendapat arahan dari orang atasan dan mereka terpaksa melakukannya, yadoi!.


Perhimpunan secara aman tetapi POLIS sendiri yang buat kecoh dan kasar



Video rakaman dari Malaysiakini - Polis membelasah orang




Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavesan mahu Suhakam mengadakan siasatan segera berhubung kekerasan polis terhadap mereka yang menyertai perhimpunan anjuran pihaknnya di ibu negara semalam.

“Apa yang berlaku semalam tidak patut terjadi. Saya telah pun berbincang dengan Suhakam dan mereka akan buat tindakan lanjut,” katanya selepas menziarahi mangsa yang mati akibat sesak nafas semasa himpunan iaitu  Allahyarham Baharuddin Ahmad.

Ambiga turut menyifatkan Baharuddin, ahli PAS kawasan Setiawangsa sebagai seorang hero kerana mati ketika berjuang.


Seorang pemandu teksi mati dalam Himpunan Bersih 2.0

Polis mendakwa kematian Baharuddin Ahmad, seorang pemandu teksi berusia 59 tahun yang menyertai perhimpuan Bersih 2.0 semalam adalah akibat komplikasi jantung dan bukannya berpunca daripada gas pemedih.

Sehubungan itu, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata polis menafikan bahawa kematian Baharuddin berpunca daripada sebarang tindakan mereka.

“Kematian ada tetapi kematian itu tidak ada kaitan dengan tindakan yang diambil polis dan sebagainya, doktor yang merawatnya mengesahkan bahawa kematian mangsa berpunca daripada komplikasi jantung,” katanya dipetik Bernama Online.

Amar juga menegaskan tiada sebarang gas pemedih mata atau meriam air digunakan untuk meleraikan perhimpunan semasa Baharuddin berada di kawasan di KLCC.

Beliau berkata Baharuddin melarikan diri ketika polis meleraikan perhimpunan haram tersebut dan menuju ke KL Avenue, dan pada ketika di situlah dia mengalami masalah pernafasan.

Amar Singh juga berkata anak Baharuddin iaitu Mohd Nasrul, 22, dalam keterangannya kepada polis memberitahu bahawa bapanya ada memaklumkan mahu pergi ke KLCC untuk menghadiri perhimpunan tersebut dan juga merupakan seorang penghidap penyakit darah tinggi.

Ketika ditanya mengenai dakwaan pihak tertentu yang mempunyai bukti bahawa kematian Baharuddin disebabkan tindakan polis meleraikan perhimpunan, Amar Singh berkata polis bersedia menerima apa-apa bukti berkaitan perkara tersebut.

“Jika anda ada bukti mengenainya, sila tunjukkan kepada kita tetapi polis mengesahkan bahawa mereka tidak ada kaitan dengan tindakan polis seperti gas pemedih mata dan meriam air,” kata beliau.

Abang kepada Baharuddin Ahmad, seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang meninggal dunia semalam, mempersalahkan kematian mangsa adalah akibat sikap 'kejam' pihak polis.

Kassim Ahmad, 72, memberitahu The Malaysian Insider bahawa Baharuddin mati kerana polis tidak memberikannya bantuan perubatan dengan segera sebaik sahaja Allahyarham pengsan akibat terkena air berasid dan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pasukan keselamatan.

“(Mereka) ada meminta polis agar membantu menghantar dia ke hospital tetapi mereka enggan. Jadi mereka menunggu satu setengah jam sebelum sebuah van datang,” katanya.

Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan pasukan polis tidak harus dipersalahkan atas kematian Baharuddin.

“(Kematian dia) bukan kerana perhimpunan. Ia disebabkan (masalah) kesihatan. Tiada kontak fizikal (polis) dengan penunjuk perasaan,” kata Najib kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Perdana anjuran Umno di Kuala Lumpur.[Malaysian Insider]

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh di sana, amin.



Suasana ketika allahyarham sedang nazak ada di penghujung video





Datuk Seri Anwar Ibrahim cedera di kepala

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami cedera ringan di kepala dan bahagian lutut. Tetapi Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menafikan dakwaan Ketua Pembangkang itu.

"Dia tak ada di Pudu. Di situ saja ada gas pemedih mata. Itu tidak benar," katanya ketika ditanya sama ada Anwar tercedera.

Nampak terlalu jelas sangat ketua polis negara menipu, kerana ramai saksi yang bersama Datuk Seri Anwar melihat sendiri kejadian itu. Tak malu juga rupanya Ketua Polis Negara ni. Satu lagi bukti kukuh propaganda dan konspirasi pimpinan UMNO dan pimpinan polis.


Penangkapan Khairy Jamaluddin hanya satu sandiwara

Berikut adalah kata-kata dari Datuk Najib seperti yang dilaporkan oleh Malaysian Insider, "Semalam, kami hanya menghantar sayap Pemuda Umno, diketuai oleh Khairy Jamaluddin untuk mewakili 'kami',” kata Najib dengan disusuli laungan sokongan kepada ketua sayap itu.

Nampak jelas di situ bahawa UMNO yang menghantar Patriot menyertai perhimpunan tersebut. Dan penangkapan Khairy itu pun hanya sandiwara untuk mengelabui mata rakyat, agar dikatakan polis telah bersikap adil dengan menahan semua pihak.

Takkan lah Khairy bodoh benar untuk menyertai perhimpunan jika dia telah tahu bahawa polis akan membuat tangkapan, sedangkan dia boleh monitor sahaja dari jauh. Tak begitu Khairy?


Marina Mahathir menyertai Bersih 2.0

Marina Mahathir pernah mengecam kerajaan sebelum Bersih 2.0 diadakan , dengan mengatakan kerajaan seperti diktator dunia ketiga. Marina juga mengutuk serangan peribadi yang dilakukan ke atas Datuk Ambiga.

Dan tidak disangka-sangka, Marina Mahathir, iaitu anak kepada Tun Mahathir, juga ditemui berkumpul dan menyokong dalam Himpunan Bersih 2.0 semalam.

Syabas kepada Marina kerana sama-sama berjuang untuk menuntut pilihanraya yang adil. Agaknya, apalah kata Tun Mahathir tentang perkara ini?


Mat Sabu dilanggar oleh pihak Polis

Mat Sabu dilanggar land rover polis hingga tergolek di jalan, ketika beliau membonceng motosikal berdekatan dengan Masjid Negara, sebelum beliau ditahan polis.

Beliau yang cedera kemudian dibawa oleh pegawai polis ke Balai Polis Jinjang dan dirujuk ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.

“Saya dibebaskan selepas membuat pemeriksaan di klinik. Tapi disebabkan kaki kanan saya tidak pulih hari ini saya buat pemeriksaan di Selangor Medical Centre. Doktor kata ligamen saya koyak dan pembedahan untuk memasukkan besi akan dibuat pada Jumaat ini.

Bagi Mat Sabu, polis tidak bersalah, yang bersalah adalah pentadbiran Datuk Najib yang berkelakuan primitif dan tidak bertamadun.





Fayad Al-Bakri mengalami kecederaan teruk di pipi

Peluru gas pemedih mata yang dipercayai disasarkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, melantun terkena pengiringnya iaitu Fayad Al-Bakri. Akibatnya, bahagian pipi beliau cedera teruk, dan beliau dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan plastik.



Foto kredit: milosuam.blogspot.com


Ustaz Zamri turut sama dalam Bersih 2.0

Ustaz Zamri yang popular dalam rancangan Mari Mengaji di TV9 turut sama berhimpun di Bersih 2.0. Tetapi itu pun ramai yang tidak puas hati dan mengutuk Ustaz Zamri. Ustaz Zamri menyatakan bahawa "berhimpun secara aman adalah hak asasi yang tertulis di dalam Perlembagaan".

Kalau ada yang tidak puas hati dengan Undang-undang dalam Perlembagaan, sila tukar Undang-undang itu :)





«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (176) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (292) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)