Berita Terkini

Burung-burung yang paling merbahaya

9. Rheas


Rhea, berasal dari Amerika Selatan, merupakan burung besar yang dapat membesar hingga berat 60-80 kilogram. Meskipun lebih kecil dari burung unta dan tidak agresif seperti kasawari, rhea memiliki kaki berotot-otot, taji keras pada kaki mereka dan tendangan mereka dapat membawa kekuatan sebesar 800 paun per inci persegi.


8. Burung Hering (Vultures)


Jika dalam keadaan terdesak, seekor burung hering (sekarang banyak spesis terancam) dapat mendesis atau membuat suara mendengus rendah untuk anda. Mereka, tentu saja, juga memiliki paruh melengkung tajam yang boleh melukai daging, bersama dengan penglihatan yang sangat baik.


7. Helang (Eagles)


Helang adalah binatang yang kuat (cukup kuat untuk mengangkut sesuatu yang memiliki berat empat paun), burung agresif, dan meskipun mereka tidak banyak bahaya bagi manusia di alam liar, dalam ruang tertutup cakar dan paruh mereka dapat membahayakan manusia dengan mudah. 


6. Hawks dan Falcons


Seperti burung pemangsa lain nya, mereka memiliki cakar tajam dan paruh kuat yang digunakan untuk memburu, bersama dengan kecepatan dan kelincahan, menciptakan bahaya serius bagi manusia, bahkan jika hanya burung kecil (paruh nya juga dapat dikonfigurasi secara khusus untuk memotong melalui saraf tulang belakang dari mangsa mereka).


5. Burung Hantu (Owls)


Burung hantu adalah raptors / burung pemangsa, dan mereka menggunakan cakar dan paruh untuk membunuh, menangkap dan makan. Dalam sebuah ruang tertutup, atau jika burung itu dalam ketakutan atau gelisah, boleh memberi akibat yang sangat buruk kepada anda.


4. Burung Camar (Seagulls)


Burung camar sangat agresif dan dikenali sering menyerang dan bahkan mematuk kepala orang untuk melindungi sarang dan anak nya. Bahkan, orang-orang Britain terpaksa membawa payung untuk menghindari serangan itu, setidaknya seorang wanita pernah dibawa ke ICU kerana luka mendalam di kepala, dan anjing-anjing dibunuh oleh burung-burung itu.


3. Angsa Kanada (Canada Geese)


Angsa Kanada sangat agresif, terutama jika anda (sengaja atau tidak sengaja) mendekati sarang mereka atau anak mereka, maka mereka akan mengejar anda hingga pergi dan bahkan menggigit anda.


2. Burung Unta (Ostriches)


Burung unta adalah burung gugup dan merbahaya. Mereka merupakan burung terbesar yang masih ada (mereka dapat mencapai lebih dari sembilan meter dan 350 paun) dan kecepatan mereka berlari sangat tinggi (mencapai 30 batu per jam). Seperti burung kasawari, mereka memiliki kaki yang kuat (tendangan mereka dapat membunuh seekor hyena), juga mempunyai cakar tajam.


1. Kasawari (Cassowaries)


Kasawari, seekor spesis terancam pupus, burung besar yang hidup di hutan hujan, hutan dan rawa di Australia. Kasawari tidak boleh diagak, agresif dan dikenali dengan kaki besar mereka, dan juga mencakar. Tendangan mereka mampu memecahkan tulang, dan cakar mereka boleh disamakan dengan belati (pisau runcing).

[Kaskus.us , Foto kredit: Wikipedia]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.