Berita Terkini

BN perhebat program 'Sentuhan Hati', maklumlah Pilihanraya Umum sudah dekat

skuad-sayang UMNO
Cantik je bunyi nya kan? Manis je kedengaran. Siapa yang tidak akan cair mendengar nama 'SENTUHAN HATI', apa lagi kemudiannya pemimpin-pemimpin BN turun padang untuk bertemu dengan mereka-mereka yang hidup susah dan memerlukan bantuan.

Ibarat seorang lelaki yang 'mengayat' seorang wanita, dengan kata-kata yang sangat manis, mesra, tetapi PENUH dengan RACUN BERBISA. Begitulah kiranya jika dilakukan program sedemikian hanya apabila Pilihanraya Umum bakal menjelang.

Mengapa tidak lakukan dari semasa ke semasa, tanpa mewar-warkannya hanya apabila pilihanraya sudah hampir? Apabila pilihanraya selesai, ada mereka kisah golongan-golongan yang tadinya di SENTUH HATI mereka?

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, program-program Sentuhan Hati tidak memerlukan perbelanjaan yang besar tetapi berkemampuan memberi kesan yang mendalam dalam hubungan BN dengan rakyat segenap lapisan.

“Kita berkeyakinan pada pilihan raya umum, (kesan daripada program Sentuhan Hati) dia (rakyat) sudah cakap siang-siang akan menyokong Barisan Nasional,” katanya semasa merasmikan Skuad Sayang Parlimen Pagoh di Sekolah Kebangsaan Bukit Rahmat, Kundang Ulu, Pagoh hari ini.

Beliau berkata, program Sentuhan Hati seperti menziarah rumah, membawa mereka yang terjejas mendapatkan rawatan kesihatan, memberi sumbangan buku dan pelbagai perlu diperhebatkan dalam tempoh terdekat ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO dan anggota Parlimen Pagoh berkata, akan melancarkan program “Doktor Turun Ke Kampung” di Pagoh akhir bulan ini iaitu program Sentuhan Hati anjurannya.

Banyak betul program amal baik menjelang Pilihanraya Umum ni ya. Dan adakah ianya perlu diperhebatkan dalam tempoh terdekat ini saja? Alangkah bagusnya jika di adakan pada setiap hari, tidak kira musim apa pun. Boleh saja diarah pekerja-pekerja kerajaan dari peringkat atas sampai bawah, betul-betul beri tumpuan kepada mereka-mereka yang hidup susah, kalau kerajaan betul-betul SEMANGAT dan IKHLAS mahu membantu ....... Ini tidak, hanya dilakukan apabila pilihanraya hampir tiba .......


Mungkin ramai lah yang akan terpengaruh dengan taktik lama BN ini nanti. Sehinggakan mereka lupa, bahawa itu semua adalah TANGGUNGJAWAB sebuah kerajaan, itu adalah KEWAJIPAN mereka setelah di AMANAH kan oleh rakyat.  Dan duit yang diberikan bukanlah duit mereka, tetapi DUIT RAKYAT juga! :)






Bersedia Hadapi Peperangan, kata Shahrizat

Sementara itu menurut Bernama, seluruh anggota Pergerakan Wanita Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu bersedia untuk menghadapi "peperangan" di dalam bentuk pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan tidak lama lagi.

Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata Selasa, Wanita Umno dan BN merupakan benteng dan perisai kepada BN terhadap segala ancaman.

"Kita berharap Wanita Umno dan BN bersedia untuk menghadapi peperangan, persiapkan diri kita dengan strategi 'art of war' yang terbaru di dalam usaha kita untuk menghadapinya. Kita tidak boleh ketinggalan," kata beliau.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Skuad Sayang Parlimen Pagoh yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Kebangsaan Bukit Rahmat, Kundang Ulu, Pagoh.

Menurutnya, anggota Wanita Umno dan BN perlu menguasai teknologi baru seperti 'social network' di dalam usaha pergerakan itu menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Mengenai perhimpunan haram Bersih, Shahrizat berkata, Wanita Umno boleh mengerahkan 1.3 juta anggotanya ke Kuala Lumpur sebagai reaksi balas kepada perhimpunan haram itu, tetapi ia tidak mahu berbuat demikian.

Katanya, Wanita Umno tidak memilih jalan berhimpun kerana ia mematuhi undang-undang dan kerana ia sayangkan negara.

"Tetapi jangan ambil mudah," kata beliau pada majlis itu yang turut dihadiri Ketua Wanita Umno Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain dan Ketua Wanita Umno Pagoh Noriah Mahat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.